ASALAMUALAIKUM

Profile

My photo
Kelantan, Malaysia
KNOWLEDGE IS........................... NAME : M ATAR SHAMSI BIN YUSUF......... NO MATRIK : 202230..................... .......................................E-MAIL : abinadiah@gmail.com

March 31, 2022

CATATAN PEMIKIR

Perangai buruk yang jauh dari sifat rahmah yang di tolok oleh bangsa BERIMAN DI MULUT HATI BERUNGUT BERIMAN DI LIDAH HATI MENYALAH LIDAH BERCABANG LANGKAH MENYILANG TAMAK HARTA MABUK DUNIA LOBA PANGKAT LUPA AKHIRAT KEMARUT PUJI LUPA DIRI KETENGAH MENGFITNAH KETEPI MENDENGKI KELAUT MENGHASUT KEDARAT MENGUMPAT KEHULU MENIPU KEHILIR MENYINDIR KEATAS MENGAMPU KEBAWAH MELAPAH KEGUNUNG MENYOMBONG KELURAH MENYUMPAH BERKAWAN DENGAN SYAITAN BERGURU PADA NAFSU BERAJA PADA SELERA BERSAHABAT PADA MAKSIAT DALAM BERMUSYARAT BERBANTAH 2 DALAM BERUNDING TUNDING MENUNDING DALAM HELAT CACAT MENGCACAT SESAMA KELUARGA LAGA MELAGA SESAMA KAWAN MAKAM MEMAKAN SESAMA SAHABAT SEBAT MENYEBAT SESAMA BANGSA BANGSA MEMAKSA DR SIDEK FADHIL

April 10, 2020

14 WILAYAH


1.
Chumphon
ชุมพร
2.
Krabi
กระบี่
3.
Nakhon Si Thammarat
นครศรีธรรมราช
4.
Narathiwat
นราธิวาส
5.
Pattani
ปัตตานี
6.
Phang Nga
พังงา
7.
Phatthalung
พัทลุง
8.
Phuket
ภูเก็ต
9.
Ranong
ระนอง
10.
Satun
สตูล
11.
Songkhla
สงขลา
12.
Surat Thani
สุราษฎร์ธานี
13.
Trang
ตรัง
14.
Yala
ยะลา

March 31, 2020





Thailand Selatan merupakan sebahagian kawasan di Thailand yang bersempadan dengan Semenanjung Malaysia. Ia terdiri daripada 14 buah wilayah, antaranya Wilayah Narathiwat, Wilayah Pattani, Wilayah Yala, Wilayah Songkhla dan Wilayah Satun

Perjanjian Bangkok 1909

Pada 9 Julai 1909 Gabenor Negeri-negeri Selat telah mewakili British telah berjumpa dengan Kerajaan Siam di Bangkok bagi menyelesaikan masalah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu kerajaan Siam telah menjajah negeri Perlis, Kedah , Kelantan dan Terengganu. Pattani, Yala dan Narathiwat memang dibawah pentadbiran kerajaan Siam.
Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu ,
kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Governor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam.
Antara syarat perjanjian ialah Kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik Daerah Hulu Perak yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada Kerajaan Negeri Perak.
Istiadat penyerahan itu telah dilangsungkan di Kroh, pada 16 Julai 1909.

PATANI STORY


Patani STORY
30-03-2020
Semalam jam 8:31 PG •

PATANI MALAYSIA DILEMMA

GERAKAN pemisahan orang-orang Melayu Patani dalam usaha menubuhkan sebuah negara Islam berasingan ini sudah pun menjadi realiti umum yang tidak dapat dinafikan. Melihatkan kewibawan Malaysia yang sentiasa berhati-hati dalam meneliti perkembangan yang sedang berlaku di sempadan utara Semenanjung Malaysia.' Sekiranya para pemimpin Malaysia tersalah membuat tindakan terhadap krisis yang berlaku di negara jiran ini maka ia akan menjejaskan hubungan diplomatik. Untuk mengelakkan daripada timbulnya perkara sedemikian maka Malaysia meneruskan sikap tidak mahu campurtangan dalam soal rumahtangga orang lain walaupun pendirian itu mcnyebabkan Malaysia kurang senang dengan sikap itu. Mahu tidak mahu Malaysia terpaksa berdiam diri dan berada dalam situasi dilema.
Perjuangan pertubuhan pembebasan Patani pernah bercadang mahu bergabung dengan Malaysia apabila dapat berpisah dari Thailand kelak. Cadangan itu memang ada logiknya. Tambahan pula penduduknya berketurunan Melayu, beragama Islam, merupakan sebahagian daripada Malaysia malahan bersempadan pula dengan negara Malaysia. Keupayaan Patani untuk berdikari dan memerintah sendiri masih meragukan walaupun selepas berpisah dengan Thailand. Satu sebab penting yang menyebabkan Patani berani membuat cadangan demikian ialah kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam yang paling dekat serta diharapkan boleh membantu. Hubungan masyarakat Melayu Patani dengan masyarakat Melayu penduduk Malaysia sekitar sempadan adalah amat rapat sekali. Hal ini memang wujud sejak zaman dahulu Iagi. Sejarah perkembangan Islam di Semenanjung sendiri adalah berkait rapat dengan Patani yang pernah menjadi pusat tamadun Islam. Walaupun telah dipisah oleh kuasa politik pemerintahan masing-masing namun hubungan persaudaraan itu tetap sebagai saudara sebangsa, seagama dengan bahasa yang sama.
Cadangan Patani juga berpotensi dengan adanya harapan bahawa pengaliran bantuan-bantuan yang diperlukan dari Malaysia membolehkan penyegeraan tuntutan perjuangan. Sebenarnya itulah yang tidak dapat dilakukan oleh Malaysia yang mengamalkan dasar bebas dan berkecuali, serta tidak berniat untuk campurtangan dalam hal ehwal negara Iain. Malaysia tentunya tidak mahu melibatkan diri dalam pertelingkahan Yang sedang hangat berlaku di negarajiran, apa lagi kalau melibatkan diri akan membawa padah yang buruk kepada Malaysia. Jika Malaysia menghulurkan tangan menyambut cadangan Patani itu maka Thailand pula tentu tidak akan berdiam diri. Thailand akan tetap mempertahankan keutuhan wilayah negaranya. Berdasarkan fakta sejarah dan semua aspek penghidupan di Patani sama ada faktor bangsa, agama, bahasa, kebudayaan dan sebagainya, Malaysia berhak menuntut Patani dari Thailand. Tetapi ini adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan sebagaimana Iraq yang menduduki Kuwait berdasarkan fakta sejarah. la telah di tentang Oleh kuasa-kuasa besar yang mempunyai kepentingan Iain hingga mencetuskan krisis perang di Teluk. Kerajaan Thailand ketika mengulas cadangan Patani itu mengatakan, mereka sanggup melepaskan penduduk Patani kalau mereka mahu menjadi warganegara Malaysia dengan berpindah, mereka tidak sanggup melihat Wilayah-wilayah selatan Thai ini menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Kebimbangan Bangkok terhadap kejujuran Kuala Lumpur amat terasa memandangkan adanya sokongan-sokongan individu dan badan-badan gerakan Islam seperti PAS dan ABIM dan sebahagian NGO. Tuduhan-tuduhan seperti itu hilang apabila Malaysia menjelaskan pendiriannya yang tidak berniat untuk turut campurtangan dalam urusan negara jiran. Akan tetapi Oleh kerana minat penduduk-penduduk Patani sendiri yang dengan jelas melahirkan hasrat mahu bergabung dengan Malaysia, walaupun jaminan tidak mahu campurtangan sudahpun diberikan namun keraguan Bangkok tidaklah hilang dengan jaminan semata-mata. Pihak Thai tahu keresahan umat Islam Patani bukan saja kerana mahu bergabung dengan Malaysia bahkan matlamat sekarang berpisah dengan kerajaan pusat bagi mewujudkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Sekalipun Malaysia tidak terlibat dalam pertikaian ini, pergerakan membebaskan Patani terus dilancarkan dengan perjuangan bcrsenjata. Melepaskan Wilayah-wilayah selatanThai untuk bebas sendiri adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima dan Kerajaan Thai tidak akan membiarkannya. Maka itulah sebab-sebabnya tentera-tentera Thai telah dikejarkan ke selatan hingga bertindak kejam dengan menzalimi masyarakat awam orang-orang Melayu umat Islam Yang tidak berdosa. Sebagai pihak yang baru dan sedikit pula jumlahnya.
Kemampuan yang ada pada pejuang-pejuang Islam Patani amat berkurangan. Tambahan pula wilayah-wilayah berkenaan merupakan kawasan yang paling mundur dengan kemiskinan akibat diketepikan pembangunannya Oleh Kerajaan Bangkok.
Walaupun Malaysia sebuah negara Islam yang bersimpati malah menyokong perjuangan rakyat Palestine dikembalikan hak-hak mereka dalam krisis dengan Israel, namun ia tidak dapat bersikap begitu terhadap perkembangan yang berlaku terhadap saudara kandungnya di selatan Thailand.Bukan setakat itu saja bantuan berjuta ringgit diberikan bagi membantu pergerakan pembebasan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) dan Kongres Se-Afrika, yang berjauhan itu kerana menentang penjajahan dan aparteid. Dengan sikap dan dasar luar Malaysia terhadap Thailand dalam masalah Patani, pihak Thai terus menuduh pejuang-pejuang Islam Patani lari bersembunyi di daerah Pasir Putih, Kelantan, apabila digempurkan Oleh tentera-tentera Thai. Demikian menurut Menteri Dalam Negeri Thai Prathuang Kiratibutr.
Justeru Malaysia berada dalam situasi dilema dan tidak dapat membantu perjuangan Patani, pihak Thai belum lagi sanggup mengakui untuk berunding, ASEAN pula tidak pernah menyuarakan pertikaian ini, Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) tidak mahu bertindak tegas dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak pernah memberikan sebarang jawapan. Maka terserahlah pada nasib dan kemampuan umat Islam Patani untuk menentang segala bentuk kemungkaran yang melanda mereka. Pengorbanan darah dan air mata yang berterusan melebihi 200 tahun sejak kekalahan Patani pada bulan Novem ber 1786 belum lagi dapat ditebus. Di manakah sewajarnya Patani berada? Di Malaysia, Thailand atau penentuan sendiri? Mungkin sebahagian daripada jawapan persoalan ini terserah pada kebijaksanaan pembaca sendiri untuk menilainya.