ASALAMUALAIKUM

Profile

My photo
Kelantan, Malaysia
KNOWLEDGE IS........................... NAME : M ATAR SHAMSI BIN YUSUF......... NO MATRIK : 202230..................... .......................................E-MAIL : abinadiah@gmail.com

KNOWLEDGE


SGDG 4032
SEKOLAH DAN MASYARAKAT
PENSYARAH : PUAN HAJJAH RAHMAH BT HANAFI
GURU-IBU BAPA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENCAPAIAN AKADEMIK DAN DISIPLIN PELAJAR

KANDUNGAN
Pendahuluan 
Guru-ibu bapa dalam menyelesaikan masalah pencapaian akademik dan disiplin pelajar  
Faktor-faktor yang menyebabkan pencapaian akademik rendah
Penyelesaian kepada pencapaian akademik rendah 
Peranan guru dan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah anak-anak yang tidak berdisiplin 
Faktor terjadinya masalah disiplin 
Cara-cara menyelesaikan masalah dispilin 
Teori tentang perhubungan ibu bapa – anak (teori ekologi) 
Peranan guru-ibu bapa dalam menangani masalah lawatan ke rumah 
Faktor-faktor yang menyebabkan masalah lawatan ke rumah kurang berjaya 
Peranan persatuan ibu bapa dan guru-guru 
Faktor guru-ibu bapa dalam menyelesaikan masalah PIBG 
Cara-cara menyelesaikan masalah PIBG 
Kesimpulan 
Bibliografi 
Lampiran

PENDAHULUAN
            Pendidikan era abad ke-21 di negara kita telah mengalami transformasi pendidikan yang begitu ketara sehingga menghasilkan suatu komuniti intelektual. Keadaan ini terhasil dari usaha-usaha pihak kerajaan untuk melihat negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang mempunyai sistem pendidikan yang cemerlang. Namun, harapan pihak kerajaan ini akan terbantut sekiranya permasalahan pencapaian akademik dan kemorosotan disiplin menjadi penghalang utama yang boleh menyebabkan apa yang dirancang oleh pihak kerajaan menemui kegagalan.
            Permasalahan disiplin merupakan perkara pokok yang telah menarik perhatian pendidik, kaunselor, ibu bapa, guru, pemimpin dalam sesebuah negara dan masyarakat. Masalah disiplin di sekolah perlu diberi perhatian bersama-sama oleh guru dan ibu bapa.
            Isu kelemahan akademik para pelajar juga memerlukan perhatian yang serius kerana ia dikhuatiri akan berterusan sehingga ke peringkat tertinggi. Kelemahan akademik ini bukan sahaja mempengaruhi aspek pendidikan individu pelajar itu sendiri malah dikhuatiri akan turut memberi kesan terhadap peribadi dan akhlak mereka. Antara masalah disiplin yang wujud dalam arena pendidikan kita di Malaysia termasuklah ponteng sekolah, ponteng kelas, menghisap rokok, merayau-rayau di pusat membeli belah, meniru pakaian ala barat, kurang menghormati guru, vandalisme, menagih dadah, mengugut guru dan lain-lain.
            Apabila masalah disiplin ini berleluasa akan menyebabkan prestasi pencapaian akademik pelajar berada pada tahap yang membimbangkan. Sebagai bukti yang nyata terpampang jelas di dada-dada akhbar yang menunjukkan semakin ramai pelajar yang bertindak secara berani dalam melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika sebagai pelajar. Akibatnya, bukan sahaja prestasi pencapaian mereka merosot, bahkan turut menjejaskan keselamatan dan keamanan masyarakat sekitar.

GURU-IBU BAPA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENCAPAIAN AKADEMIK DAN DISIPLIN PELAJAR
            Falsafah pendidikan negara bermatlamat bagi melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di negara kita. Namun, terdapat beberapa halangan yang menyebabkan matlamat tersebut gagal untuk diterjemahkan. Antara halangan utama dalam melahirkan pencapaian akademik yang baik ialah prestasi atau pencapaian pelajar yang semakin merosot.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH
1. Gejala Ponteng.
Kelemahan akademik ini bukan sahaja mempengaruhi aspek pendidikan individu pelajar itu sendiri malah dikhuatiri ia akan turut memberi kesan terhadap peribadi dan akhlak mereka. Ini berikutan hasil kajian Rasidah Dato' Omar (2004) yang menyatakan salah satu sebab berlakunya gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar ialah kurangnya perhatian ibu bapa terhadap prestasi akademik anak-anak, Kesibukan dalam kerjaya dan keghairahan mencari kemewahan membuatkan ibu bapa mengabaikan perhatian dan kasih sayang yang sewajamya diberi kepada anak-anak. Isu ketidakprihatinan ibu bapa ini mungkin disebabkan tahap pendidikan mereka yang rendah (Kohl, Lengua, & McMahon, 2002) sehingga mengakibatkan mereka tidak memandang berat akan isu pendidikan anak-anak.

2. Kegagalan Institusi Pendidikan.
Kegagalan institusi pendidikan khususnya guru dalam membimbing dan mendidik para pelajar turut menyumbang kepada kelemahan prestasi akadernik pelajar. Terdapat sebahagian guru yang berpandangan sernpit serta pasif'terhadap pelajar mereka sehingga menyebabkan pelajar rasa terasing dan tersinggung. Malah, kajian Hamidah (2003) rnendapati terdapat guru yang rnengamalkan sikap pilih kasih dalam menjalankan tanggungjawab rnereka. Antaranya, sikap guru yang hanya rnengambil berat terhadap pelajar cernerlang berbanding pelajar yang sederhana dan rendah pencapaian, Oleh itu, pelajar yang merasa terabai rnempunyai konsep kendiri yang rendah, tidak berrnotivasi untuk belajar dan terus ketinggalan dalam pencapaian akademik.
3. Kelemahan Guru Dalam Membimbing Pelajar
Kelemahan guru dalam rnembirnbing pelajar dengan kaedah yang sesuai juga menjadi punca kelemahan akademik pelajar. Ishak Harun merumuskan kelemahan guru sebagai pembimbing utama pelajar dan kurangnya pendedahan pengetahuan dan pengalaman merupakan antara faktor keciciran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu di pedalarnan Sabah.
PENYELESAIAN KEPADA PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH
1.  Mengawasi dan Menemani Anak
Ibu bapa boleh meningkatkan komitmen belajar anak dan merangsang minat mereka dengan menemani anak ketika waktu belajar mereka. Untuk anak-anak peringkat sekolah rendah, ibu bapa bolehlah mengajar mereka dan apabila anak-anak mula meningkat ke sekolah menengah secara beransur-ansur ibu bapa biarkan anak-anak berdikari. Dengan cara ini tabiat belajar dalam masa yang ditetapkan menjadi kebiasaan dan mudah untuk kita terus mendorong minat serta kemahuan mereka.
2. Selalu berbincang dengan guru kelas dan rapatkan diri dengan aktiviti PIBG serta sekolah.
Kenali siapa guru anak-anak kita dan sering berbincang dengan guru tentang perkembangan mereka. Dengan cara ini kita cepat tahu sama ada anak-anak beri tumpuan dalam kelasnya, siap kerja sekolahnya, masuk kelas pada waktunya dan sebagainya. Apabila berpeluang tawarkan diri untuk melibatkan diri dalam PIBG dan aktiviti sekolah. Dengan cara ini guru-guru tahu siapa kita dan mereka juga akan berikan perhatian yang lebih baik kepada anak-anak kita. Malah kerapkali anak-anak kita, tanpa diminta, diberikan peluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan ini akan meningkatkan „self-esteem mereka. Anak-anak juga akan lebih menjaga disiplin serta pelajaran mereka kerana mereka sedar bahawa perkembangan diri mereka cepat dimaklumkan oleh guru kepada ibu bapa. Komitmen anak-anak secara langsung akan meningkat terhadap pelajaran mereka.
3. Tidak membanding-bandingkan kebolehan.
Ibu bapa perlu ingat bahawa kemampuan anak-anak adalah berbeza. Tidak semua boleh berjaya dalam bidang akademik. Ada yang dianugerahkan oleh Allah dengan kebolehan dan kemahiran lain seperti petah berpidato, pandai melukis, bijak bermain alat muzik dan mencipta lagu, mahir bertukang, dan sebagainya. Oleh itu kenapa mesti dibandingkan pencapaian mereka? Kalau adik dibandingkan dengan kakak dan abang, mereka rasakan seolah-olah ibu bapa tidak cukup sayangkan mereka. Kalau perbandingan dibuat dengan rakan-rakan, mereka akan rasa rendah diri pula. Oleh itu, membandingkan anak tidak membantu kecemerlangan mereka. Adakah ini bermakna kita tidak boleh ambil kejayaan orang lain untuk diceritakan kepada anak-anak? Tidak.. bukan begitu yang dimaksudkan. Ibu bapa, lazimnya, menyebut kelebihan dan kejayaan orang lain kepada anak-anak hanya apabila marah, geram dan kecewa dengan tindakan dan tingkahlaku mereka. Lain pada masa itu, kita lupa dan tidak ambil kisah. Sebab itulah anak-anak menolak cara ibu bapa ini. Oleh itu, apabila menegur kesilapan dan kegagalan anak, jangan sama sekali dibandingkan dengan sesiapa. Cukup sekadar menegur dan menasihati perbuatan dan tingkah laku mereka. Waktu lain, ketika tiada ketegangan emosi antara kita dan anak maka berceritalah tentang kejayaan orang lain serta bagaimana mereka capai kejayaan tersebut untuk anak jadikan panduan dan tauladan. Saat sebegini adalah lebih mudah untuk anak menerimanya kerana mereka lebih terbuka.











Model hubungan antara pencapaian akademik dengan taraf hidup.


PERANAN GURU DAN IBU BAPA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH ANAK-ANAK YANG TIDAK BERDISIPLIN.
            Sejak kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan. Pelajar merokok, melawan, kurang ajar, ponteng dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar maupun sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh. Sikap para pelajar sekarang ada yang menjangkau fikiran kita. Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang masalah disiplin ini termasuklah para pelajar sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan. Ketika ini apabila berlaku sesuatu insiden dengan mudahnya semua orang menunding jari ke arah guru. Sepatutnya setiap kes diteliti supaya punca kejadian itu dapat dikenalpasti.
            Mengikut Harris, N.S yang dipetik dari buku undang-undang untuk pengetua dan guru besar oleh Mohd Ismail Othman (2004 p.71) “Discipline is a very general nation which is connected with conforming to rules, whereas punishment is a much more specific notion which is usually only appropriate where there has been a breach of rules”.

FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA MASALAH DISIPLIN.
Banyak sebab diperkatakan tentang mengapa seseorang pelajar melanggar peraturan dan undang-undang sekolah. Pada keseluruhannya, sebab-sebab ini boleh dibahagikan kepada empat faktor besar yang melibatkan keluarga, sekolah, pelajar dan pengaruh alam sekitar.
1. Faktor Keluarga
Ibu bapa merupakan orang paling hamper dengan peghidupan anak-anak mereka. Ibu bapalah yang akan menjadikan anak-anak mereka itu menjadi orang yang baik atau sebaliknya. Ini dapat diambil iktibar melalui sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Semua kanak-kanak dilahirkan suci, tetapi ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”
Tekanan perasaan yang dihadapi pelajar juga mungkin berpunca daripada keluarga seperti penceraian dan pergaduhan di kalangan ibu bapa. Oleh itu, masalah ini menyebabkan pelajar melakukan tindakan negatif di sekolah untuk melepaskan tekanan perasaan yang sedang mereka hadapi. Peranan ibu bapa juga amat penting dalam memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak dan sebagai pemberi dorongan untuk berjaya.
2. Faktor Sekolah
Pelanggaran disiplin adalah tingkah laku yang mengganggu proses pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran di sekolah. Gragey (1970), Maslow dan Rogers (1962) berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keaadaan tidak berdisiplin kerana pelajar-pelajar akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan yang kurang menyenangkan seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan dan juga menentang guru. Jika pelajar terlalu takut kepada guru, penentangan terus tidak dibuat, perasaan geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah

3. Faktor Pelajar
Mengikut Raven (1977), apabila pelajar tidak berminat dalam pelajaran dan guru tidak pula berusaha untuk menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan melakukan apa sahaja perkara-perkara yang dianggap negatif. Pelajar berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak diri sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar. Mereka merupakan golongan yang melanggar peraturan sekolah dan mungkin mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka itu telah menyalahi peraturan. Ini merupakan faktor penting dalam hal pelajar yang melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin di sekolah. Pelajar yang kurang bernasib baik seperti pelajar miskin pula kadangkala timbul perasan tidak puas hati dalam diri mereka apabila sesetengah guru hanya mementingkan dan memuji pelajar yang berpakaian kemas pintar dan berada dan mereka kurang mendapat perhatian guru.

4. Faktor Persekitaran
Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media-media massa juga sentiasa membentuk perilaku para pelajar yang masih mentah dalam cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini, menyebabkan para pelajar terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran untuk memenuhi keinginan untuk tahu akibat dari dedahan persekitaran, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks membeli-belah, pusat snooker, pusat permainan video dan sebagainya.

CARA-CARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN.

1. Ibu Bapa Perlu Menjadikan Anak Sebagai Sahabat.
Ramai remaja mengatakan mereka tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa terutamanya yang bersifat peribadi. Komunikasi dengan ibu bapa lebih bersifat formal dan rigid. Ini mungkin kerana anak-anak remaja tidak suka dikawal. Mereka tidak suka ibu bapa mengarah mereka dalam semua perkara. Sebab itu ada ulama’ yang mengesyorkan supaya ibu bapa bergaul dengan anak-anak di peringkat ini sebagai ‘sahabat’ untuk cuba menyelami pandangan dan masalah mereka. Dengan ini mereka tidak perlu lagi menjadikan kawan sebagai penasihat yang  mungkin menjerumuskan mereka ke dalam pelbagai masalah.
2. Mengemaskini Perundangan Sekolah.
Strategi ini harus diberikan tumpuan kerana ini dapat mengurangkan penglibatan pelajar dalam berbagai kegiatan disiplin atau jenayah sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia akan dapat menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar disamping dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Namun ia perlu dikaji dengan mendalam kerana cara ini mungkin ada penentangan daripada ibu bapa, memandangkan langkah hukuman ini mungkin terlalu berat dan tidak adil untuk pelajar.
3. Menyediakan Khidmat Nasihat.
Satu lagi langkah pencegahan yang baik ialah khidmat nasihat. Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu kaunseling juga boleh dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang kerjaya yang patut dituju oleh pelajar. Selain itu para guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan “peer kaunseling” di kalangan pelajar. Ini adalah jalan yang baik untuk membantu hubungan yang sihat di kalangan pelajar dan memupuk rasa tanggungjawab di antara satu sama lain. Menurut kajian seperti yang dicatatkan dalam Cohen (1975) dan Phelps (1976), remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka di kalangan rakan sebaya dengan mereka. Oleh itu program ini bermanfaat jika dirancang dengan teliti dan mengambil mereka yang berpengalaman dan mempunyai asas-asas kaunseling remaja untuk menganjurkan dan memantapkan program tersebut.
4. Mengawal Tingkah Laku.
Para pelajar adakalanya terlibat dengan dadah, rokok, budaya lepak dan lain-lain lagi. Pergaulan mereka juga sering menjerumuskan mereka ke dalam kegiatan yang kurang sihat. Perlakuan-perlakuan yang dinyatakan di atas, menyebabkan para pelajar sering ponteng kelas, kurang berusaha belajar dan melakukan tingkah laku yang negatif di bilik darjah. Satu kajian yang berasingan mengenai kehidupan pelajar yang berumur 15 tahun di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati bahawa sebanyak 90% remaja Cina terus pulang ke rumah lepas waktu sekolah, sebanyak 72% pelajar India berbuat demikian tetapi hanya sekitar 5.8% pelajar melayu terus pulang ke rumah selepas waktu sekolah ( Utusan Malaysia, 11 Mac 1993). Hal ini menunjukkan bahawa pelajar Melayu lebih banyak terdedah kepada persekitaran luar jika dibandingkan dengan remaja kumpulan etnik lain.

TEORI TENTANG PERHUBUNGAN IBU BAPA – ANAK (TEORI EKOLOGI).
  
Ahli Ekologis menekankan pengaruh keluarga serta sekolah ke atas beberapa aspek perkembangan anak. Mengikut Teori Ekologi, persekitaran rumah dan iklim sekolah mempunyai nilai-nilai peraturan dan tradisi yang memainkan peranan penting sebagai agen dalam perkembangan sosialis anak. Teori tersebut meletak pengaruh keluarga dan sekolah sebagai agen pertama sosialisasi yang mempunyai kuasa untuk meningkatkan perkembangan ini (Bronfenbrenner, 1986). Dalam kontek rumah/sekolah kesemua faktor-faktor yang mempunyai pengaruh ke atas perkembangan kanak-kanak akan sentiasa berinteraksi di antara satu sama lain dengan kanak-kanak tersebut maka wujudlah satu bulatan pengaruh di sekeliling kanak-kanak.













Kerangka Teori Perhubungan Ibu Bapa – Anak.

Dalam ruang lingkup Mesosistem ini kanak-kanak akan sentiasa berinteraksi dengan keluarga, sekolah dan rakan sebaya serta interaksi ini akan mempengaruhi perkembangan mereka samada secara emosi, intelek dan sosial. Dalam ruang lingkup ini jugalah perkongisan ibu bapa dan sekolah boleh diwujudkan. Perkongsian yang kukuh di antara kedua-dua pihak ini akan mempunyai pengaruh yang positif ke atas perkembangan kanak-kanak (Patrikakou, 1997). Sekiranya perkongsian ini lemah, maka berkemungkinan impak yang negatif akan tercetus (Dauber & Epstein, 1993).
PERANAN GURU - IBU BAPA DALAM MENANGANI MASALAH LAWATAN KE RUMAH.
Peranan ibu bapa amat di perlukan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang di hadapi oleh anak-anak mereka.Tanpa kerjasama mereka masalah tersebut tidak akan dapat di selesaikan dengan jayanya,sebagai contoh sekolah berasrama penuh masalah besar yang di hadapi dalam konteks pibg,biasanya tidak lah begitu serius.Ini di sebabkan ibu bapa tinggal di tempat yang jauh dari sekolah,malahan diluar dari negeri tempat sekolah  itu terletak.Oleh sebab itu mesyuarat-mesyuarat dan kegiatan pibg amat sukar di rancang dan sambutannye pun tidak lah begitu memuaskan.Tetapi walaubagaimana pun,khasnya tiap-tiap ahli persatuan ibu bapa dan guru atau pun tiap-tiap penjaga murid di sekolah seperti ini tidak kurang pentingnya dengan ibu bapa dan penjaga murid berada di sekolah harian.Kita seharusnya realistik dalam hal ini,kerana kita tidak mengharapkan supaya ibu bapa menjadi pengajar mata pelajaran akademik di rumah.Apa yang di harapkan hanya supaya ibu bapa akan memberi dorongan,suasana atau iklim yang baik untuk pembelajaran di rumah.Iklim ini tidak semestinya boleh menjelma di rumah keluarga yang kaya atau orang-orang yang berada sahaja.Pengajaran dan dorongan dapat juga di beri oleh ibu bapa yang sederhana atau pun miskin
 
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH LAWATAN KE RUMAH KURANG BERJAYA
1.Tidak ada kerjasama ibu bapa
            Dalam hal ini masalah yang di hadapi oleh pihak pibg atau pihak sekolah ialah tidak ada kerjasama ibu bapa dalam menyelesaikan masalah anak-anak mereka.Apabila pihak pibg atau pihak sekolah mengadakan lawatan untuk bertemu,berbincang selalunya mereka tidak ada di rumah atau pun kediaman mereka.Setiap ibu bapa yang prihatin pasti inginkan kecemerlangan anak-anak mereka dalam pencapaian akademik mahu pun sahsiah.Oleh itu kerjasama mereka amat di alu-alukan,mereka tidak perlu menanti kedatangan pihak pibg atau pihak sekolah datang ke rumah mereka semata-mata untuk berbincang dengan mereka.Seharusnya mereka lah yang datang sendiri ke sekolah  untuk memantau perkembangan anak-anak mereka
2.Kediaman ibubapa yang jauh dari sekolah
Bagi ibu bapa yang tinggal jauh dari sekolah malahan di luar negeri tempat sekolah itu terletak.Oleh sebab itu mesyuarat-mesyuarat dan kegiatan pibg amat sukar di rancang dan sambutannya kurang memuaskan.
Bagi menyelesaikan masalah ini pihak PIBG atau pun penjaga murid-murid yang tinggal berjauhan dari sekolah tidak kurang pentingnya dengan ibu bapa atau penjaga yang berada di sekolah harian.Kita sebetulnya harus realistik dalam hal ini kerana kita tidak mengharapkan supaya ibu bapa menjadi pengajar mata pelajaran akademik kepada anak-anak mereka di rumah.Lantaran itu pihak pibg atau pihak sekolah seharusnya menyediakan takwim atau jadual program tahunan bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga anak-anak tersebut mengatur jadual harian agar tidak berlaku pertindihan di antara program pibg,dengan ini masalah untuk menghadiri program PIBG dapat di atasi dengan berkesan.Sekurang-kurangnya ibu bapa selalu menghubungi pihak sekalah untuk mengetahui perkembangan program yang di adakan di sekolah.

PERANAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diwujudkan di tiap-tiap sekolah. Pada hari ini PIBG diangotai oleh guru-guru ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah berkenaan.   Pada kebiasaannya sekolah mengutip yuran dari pada pihak penjaga sebagai sumber mengerakkan persatuan. Mesyuarat agung PIBG diadakan sekali setahun untuk memilih ahli jawatankuasanya. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG adalah entiti utama dalam sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.
Ini turut meliputi sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah, akademik, disiplin, sistem pemantauan dan penilaian. Penekanan kepada kurikulum dan pentaksiran amat penting, termasuklah pemantauan maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan, kewangan serta infrastruktur sekolah.

FAKTOR GURU IBUBAPA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH   PIBG
1.PIBG yang tidak aktif dan matlamat yang tidak jelas
Sambutan terhadap kegiatan PIBG adalah berbeza-beza antara sekolah.  Terdapat PIBG yang aktif dan ada yang kurang aktif.  Persoalan yang selalu dibangkitkan ialah mengapakah terdapat banyak PIBG yang tidak bergerak cergas dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah sedangkan PIBG dapat memberikan sumbangan-sumbangan yang besar dan menjadi tunjang terhadap kemajuan sesebuah sekolah.  Sebagai contoh PIBG dapat membantu menyelesaikan masalah salah laku pelajar, dapat membantu dalam kerja-kerja amal dan dapat membantu mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah.  Untuk menjawab persoalan ini, sebagaimana peranan pengetua dalam komuniti, pemimpin sekolah juga mempunyai tanggungjawab untuk mengaktifkan PIBG.  Pengetua yang berkesan akan melibatkan PIBG dalam usaha-usaha mencapai hasrat sekolah.
 2. Faktor kepimpinan yang lemah
Faktor kepimpinan pengetua, adalah penting bagi PIBG mempunyai pasukan ahli jawatankuasa yang bersedia dan berminat untuk menjayakan program-program sekolah.  Kepimpinan PIBG yang berinovasi dapat merancang pelbagai strategi untuk menentukan kejayaan sekolah.  PIBG misalnya tidak hanya melibatkan mereka yang mempunyai anak yang bersekolah untuk aktiviti-aktivitinya.  PIBG sepatutnya melibatkan juga ahli-ahli komuniti yang bukan terdiri daripada ibubapa untuk bergiat dalam membantu program PIBG.  Terdapat ramai ahli-ahli komuniti yang terdiri daripada mereka yang tiada anak, anak sudah tamat sekolah atau yang masih bujang yang mungkin berminat dalam aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan.  Oleh itu terpulanglah kepada kepimpinan PIBG menjalankan fungsi dan peranan masing-masing selaras dengan kedudukan mereka dalam persatuan.

CARA-CARA MENYELESAIKAN MASALAH PIBG
1. Matlamat PIBG yang jelas
1.1 Menjayakan aktiviti sekolah
Inilah agenda dan misi yang sepatutnya menjadi matlamat serta perjuangan barisan kepimpinan dan pengurusan PIBG dan bukannya menjadikan PIBG sebagai platform politik murahan, gelanggang mengejar nama dan pangkat, medan mesyuarat ala kedai kopi atau perebutan jawatan demi kepentingan diri sendiri dan mempunyai agenda tersembunyi yang tidak memberi sebarang manfaat dan kebaikan kepada pembangunan sekolah dan masa hadapan pelajar.
1.2 Membantu menyelesaikan masalah salah laku pelajar
Ada yang memeranjatkan, sekaligus membimbangkan, mengenai hasil satu kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan.  Laporan kajian tersebut menjelaskan tentang penularan gangsterisme yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara sekarang.  Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai-bagai kegiatan kongsi gelap. Antara kegiatan berunsur ganas yang kerap berlaku di sekolah ialah mencuri, bergaduh, peras ugut, malah percubaan merogol.  Sejak sedekad kebelakangan ini kenakalan melampau ini sudah menjadi satu trend di kebanyakkan sekolah.  Hal ini telah sering kali dibangkitkan oleh guru-guru, juga selalu menjadi agenda utama dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Menurut Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Kebangsaan, Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata (B.H, 27 Julai 2001), dengan cabaran dunia tiada sempadan pelbagai elemen yang baik atau buruk bebas memasuki minda golongan muda sekiranya tidak disaring dengan teliti. Membantu pelajar miskin Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) akan mewujudkan bank data untuk menyenaraikan  palajar daripada keluarga miskin, sekaligus memudahkan proses menyalurkan bantuan kepada mereka.  Bank data itu bertujuan memudahkan proses khidmat kebajikan dan bantuan dihulurkan kepada belajar terbabit.  Pelajar yang tersenarai akan diberi bantuan sama ada dalam bentuk kewangan  dan perkhidmatan lain menerusi dana sumbangan  ahli korporat dan agensi kerajaan  yang disalurkan kepada persatuan berkenaan.  Perlaksanaan program ini memerlukan perbelanjaan yang besar, oleh itu diharapkan lebih ramai ahli korporat tampil untuk membantu menjayakan kegiatan sukarela berbentuk kebajikan ini. PIBG patut menjadikan usaha membantu pelajar miskin ini sebagai satu daripada  agenda utama supaya  golongan ini dapat belajar dengan selesa sepertimana pelajar lain.  PIBG juga patut membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah  dengan memastikan mereka tersenarai  menerima buku menerusi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada masa sama PIBG perlu beriktiar menganjurkan pelbagai majlis ilmu dan seminar motivasi kecemerlangan yang membabitkan pelajar daripada keluarga berkenaan.  Penyertaan dalam program ini akan memberi rangsangan  dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan persekolahan hingga berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading dan merangkul segulung ijazah.  Kejayaan ini sekaligus dapat membebaskan mereka daripada kemelut kemiskinan kerana kejayaan dalam bidang pendidikan memudahkan pelajar terbabit mencari pekerjaan. 
KESIMPULAN
            Kesimpulannya kita memerlukan PIBG yang mantap organisasinya, sekaligus mempunyai pelan tindakan dan perancangan jangka panjang yang memungkinkannya berfungsi secara aktif dan betul serta tepat kepada sasarannya. PIBG memerlukan kehadiran pemimpin dan pengikut berwibawa serentak. Dengan adanya pemimpin dan pengikut sedemikian, pelbagai perancangan dan tindakan yang dilaksanakan boleh mencapai kejayaan yang diinginkan. PIBG seperti inilah yang boleh menjadi tunjang kemajuan sesebuah sekolah.
            Kecerdasan emosi dilihat sebagai salah satu elemen yang penting dalam kehidupan individu berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi. Jadi, pelbagai pihak terutamanya pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan pihak Kementerian Pendidikan umumnya perlulah mengambil tindakan yang wajar agar kecerdasan emosi pelajar berada pada tahap yang baik untuk menjamin kecemerlangan akademik mahupun kerjaya individu kelak.
Pelajar-pelajar yang bermasalah serius juga boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk mengetahui kaedah atau cara terbaik dalam menangani masalah mereka secara khusus.Semoga dengan usaha ini, prestasi akademik pelajar dapat ditingkatkan dan di samping itu, keseimbangan kecerdasan emosi juga turut dititikberatkan. Ibu bapa juga, harus tahu cara untuk mendekati anak-anak yang bermasalah, agar anakanak ini sentiasa bermotivasi dan berkeyakinan dalam menangani masalah dalam kehidupan mereka. Ibu bapa dan agen sosialisasi lain seperti guru dianggap dapat memberi sokongan emosi kepada remaja apabila mereka memerlukan sokongan tersebut (Harter, 1990, dalam : Habibah, 1997). Kejayaan dalam sesuatu bidang juga didapati dapat membantu remaja membentuk harga diri mereka yang positif (Bednar, 1989, dalam: Habibah, 1997)
BIBLIOGRAFI
Amir Hassan dawi (2006 ) Penteorian sosiologi dan pendidikan . Kuala Lumpur .Edisi ketiga.Terbitan quantaum.
Azizah lebai nordin (2002) , Masalah displin dikalangan remaja Fakulti pendidikan universiti malaya.Kuala Lumpur
Habibah Ilias dan noran Fauziah yaakub (1997). Psikoligi Personaliti. Dewan Bahasa  Pustaka,Kuala Lumpur.              
Heacox, D. (1991). Upfrom underachievement. United States: Free Spirit m.s 86, Masalah Pendidikan Jilid 27
Ishak Harun. (t.t.). Pendidikan sekolah rendah di pedalaman Keningau: Satu tinjauan di Kampung Salarom, Nabawan. Dimuat turun pada Jun 20, 2002, daripada http://www.sabah.net.my/gordie/mpks/new
Kamaruddin Haji Kachar  (1989).Kepinpinan profesional dalam pendidikan.kuala Lumpur:Teks Publisihing Sdn.Bhd. 
Kohl, G. W., Lengua, L. J., & McMahon, R. 1. (2002). Parent involvement in school: Conceptualizing multiple dimensions and their relations with family and demographic risk factors. Journal of School Psychology, 38(6),501-523.
Kortz W.H (1986) Student Dicipline. Austin: Texas Public School Organization.
Maslow, A. (1954). Towards a psychology of being. Dalam Atan Long (1976), Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Patrikakou, E.N (1996). Investigating the achievement of adolescents with learning disabilities:    A structural modeling approach. Journal of Psychology. 88(3), M.S 437.
Rasidah Dato' Omar. (2004). Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar sekolah. Pro siding Seminar Wanita. PWTC, Kuala Lumpur.
Solomon, D., Battishich, v., Watson, M., Schaps, E., & Lewis, C. (2000). A six-district study of educational change, Direct and mediated effects of the child development project. Social Psychology of Education, 4, 3-51. Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) 135.



SGDY 4022
APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
PENSYARAH : DR. FAUZIAH ABDUL RAHIM







SGDF 4012
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENSYARAH : EN. SUHAILI SHAMSUDIN






Pendahuluan

                  Pendidikan membawa maksud yang luas. Sehubungan itu pendidikan dapat diertikan dalam bentuk yang pelbagai bergantung kepada dari sudut mana ia dilihat. Ada yang melihat pendidikan dari sudut bahasa , dari sudut ciri-cirinya, dari sudut fungsinya,  dari sudut proses pendidikan dan dari  sudut hasil daripada proses pendidikan serta lain-lain lagi.
 Pendidikan dari sudut bahasa.
                   Pendidikan dalam bahasa Inggeris ialah Education. Perkataan ini berasal daripada perkataan latin educare yang mempunyai makna memelihara, membimbing atau mengasuh kanak-kanak. Namun dalam penggunaannya sebagai istilah, pendidikan adalah lebih luas daripada itu dan tidak terhad hanya kepada asuhan kanak-kanak sahaja.
                 Perkataan pendidikan juga diguna pakai bagi membawa pengertian perkembangan fizikal. Perkara ini dapat dikenal pasti berdasarkan asal usul perkataan tersebut kerana selain daripada educare, perkataan latin educere juga diguna pakai bagi membawa maksud pendidikan. Educere sebenarnya lebih sesuai digunakan untuk  pertumbuhan fizikal, tanaman dan juga haiwan. Namun akhirnya, perkataan ini juga digunakan untuk manusia. Latihan fizikal kepada individu manusia, termasuk kemahiran-kemahiran tertentu, juga dikatakan sebagai salah satu tujuan pendidikan kerana latihan fizikal dan kemahiran-kemahiran tertentu tersebut adalah perlu dalam kehidupan manusia.
                   Ada yang mengatakan pendidikan atau education sebagai cantuman dua perkataan latin iaitu eex iaitu keluar dan ducereduce memimpin keluar ( to lead out ) yang membawa maksud menzahirkan keupayaan diri melalui pembelajaran.
                Dalam bahasa arab pula, pendidikan diistilahkan sebagai ta’lim, tadris, tarbiyah dan ta’dib iaitu mengajar, memelihara atau memberi ilmu.
Pendidikan dari sudut cirinya
                Dari sudut cirinya, pendidikan adalah bersifat wajib dan berterusan iaitu dari buaian hingga ke liang lahad. Pernyataan tentang perkara ini memang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Konsep ini juga dikenali sebagai pendidikan sepanjang hayat (life long learning) dan telah dikenal pasti perlu untuk kelangsungan kehidupan manusia mengikut tingkat dan peringkat usia.
                 Menurut Jean Jacques Rousseau pendidikan ialah suatu proses yang berterusan bermula sejak dari kanak-kanak lagi. Segala kebolehan yang bersifat semula jadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi serta perlu berterusan. Plato pula menegaskan bahawa pendidikan adalah sesuatu yang  berkeupayaan membentuk individu manusia agar bersifat mulia ke arah melahirkan tiga golongan manusia iaitu Pemimpin (Lehr), Pekerja (Nehr) dan Tentera (Wehr).
Pendidikan dari Sudut Proses
                      Dari sudut proses pula, John Dewey mentakrifkan pendidkan sebagai satu proses psikologi iaitu pertumbuhan atau perkembangan yang mana pendidikan ialah usaha mengatur pengetahuan bagi meningkatkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada pada seseorang.

                 Dalam konteks pengertian yang lebih luas pula, pendidikan dapat difahami sebagai suatu proses dengan kaedah yang tertentu sehingga seseorang memeperolehi pengetahuan, pemahaman, tingkahlaku dan amalan yang sesuai dengan keperluan serta kehendak golongan yang melaksanakan pendidikan. Di tambah lagi pendidikan diharapkan sebagai usaha yang dapat memebentuk akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan individu manusia.
Pendidikan dari Sudut Hasil
                 Dari sudut hasilnya, seperti yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan kebangsaan, pendidikan bererti menghasilkan warganegara yang berpengatahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada kehormanian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
                   Confucius pula menganggap seseorang yang terdidik ialah seseorang yang akan mempunyai tingkah laku yang sempurna seperti bersopan santun, ikhlas, murah hati dan sebagainya. Seseorang yang terdidik juga akan bersifat sederhana dan taat kepada ibu bapa, orang yang lebih tua serta taat kepada Negara, Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008).
  PERBANDINGAN
EDUCERE DAN  EDUCARE















Konsep educere (Didikan)
                     Educere bermakna menzahirkan keupayaan diri atau lead out. Ini bermaksud pembelajaran untuk membina manusia yang mencapai tahap sedar kendiri atau (self -realization) tentang kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk lain, alam dan maha pencipta. Lantaran itu proses pembelajaran educere tidak ada akhirnya kerana ia merupakan pembelajaran untuk pembelajaran atau pembelajaran untuk menambah ilmu dan kebijaksanaan. Dalam bahasa inggeris di sebut (learning for the sake of learning) hasil didikan tidak dapat dilihat secara eksplisit iaitu secara sedar atau dalaman. Sebagaimana diketahui umum bahawa proses pendidikan adalah proses jangka panjang dan tidak ada batas sempadannya atau pendidikan sepanjang hayat. Konsep educere bersifat normatif dimana konsepnya lebih idea dan lebih menyeluruh tentang manusia terdidik.
Konsep educare (latihan)
                     Konsep educare pula bermaksud latihan iaitu to train mengikut keperluan seperti keperluan hidup,keperluan sosial ,keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya. Konsep educare akan berakhir apabila  kemahiran yang diharapkan tercapai. Konsep ini mengutamakan pemdekatan child-centred iaitu pemusatan individu.Konsep ini juga berpegang kepada pengukuhan kemanusiaan iaitu untuk membina menusia berakal  rasional, sedar kendiri, berperibadi sejajar sebagai taraf manusia,  melebihi haiwan,  dan makhluk lain.Iainya bukan bersifat istrunental dan bermatlamat implisit.Educare juga menekankan pendidikan sebagai satu kehidupan dan bukannya untuk kehidupan.
Ciri-ciri educare
                  1.   Berteraskan kandungan dan menganggapkan manusia sebagai tin kosong yang perlu di isi dengan pelbagai pengetahuan samada relevan atau tidak ianya bersifat instrumental iaitu pembelajaran merupakan cara bagi mendapatkan sesuatu keperluan ekonomi sosial dan politik.Semestinya relevan dan pragmatik demi kelangsungan manusia dalam masyarakat.Bagi latihan hasilnya dapat di lihat dan di beri nilai tertakluk kepada batas masa dan tempat seperti pembelajaran yang berlaku di sekolah bersifat tidak normative kerana terpengaruh dengan aspek sosialisasi iaitu penyedaran manusia untuk memainkan peranan sebagai peserta dalam masyarakat.
               2. Konsep latihan dan didikan dalam pelaksanaan system pendidikan Negara kedua-dua konsep yang di bincangkan saling bertindik fungsi di antara satu sama lain,.contohnya apabila seseorang guru telah mengajar sesuatu mata pelajaran dengan tujuan semata-mata untuk memenuhi keperluan sesuatu pekerjaan maka boleh di katakan bahawa guru tersebut telah mengajar dari segi didikan dan latihan.Walaubagaimana pun guru juga boleh mengajar perkara yang lain,yang dapat membantu perkembangan merit sebagai individu yang berpendidikan dan berkemahiran ini lebih tertumpu kepada aspek kemahiran hidup.
                  Sistem pendidikan Negara berkonsepkan educere dan educare
               Konsep educere dan educare telah di prektikkan dalam sistem pendidikan negara dalam membentuk matlamat pendidikan kebangsaan.Penerapan konsep educere dan educare ini telah berjaya menghasilkan suatu perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek nilai-nilai didikan dan juga kemahiran.
                Sistem pendidikan di malaysia telah mengalami  banyak perubahan selak merdeka,terutama dalam tahun-tahun 1980-an.Berdasarkan kepada laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran (1979),rancangan kuri kulum baru sekolah rendah KBSR,mula di laksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983,di ikuti dengan rancangan kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) yang mula di perkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.
              Rancangan KBSR menekankan penguasaan kemahiran-kemahiran asas 3M (membaca,menulis dan mengira) dan perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek-aspek intelek,rohani,jasmani,emosi, bakat, akhlak,nilai-nilai estetik dan sosial.KBSM pula di rancang dengan tujuan untuk membantu pelajar memperkembangan potensi mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu.Dengan perkembangan potensi ini,adalah di harapkan sekolah-sekolah di negara kita dapat melahirkan pelajar yang berilmu,berakhlak mulia,berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan, kesejahteraan serta pembangunan negara.
                   Rancangan KBSR dan KBSM di gubal berdasarkan kepada dasar pelajaran 1979 yang melahirkan falsafah pendidikan kebanagsaan.Falsafah pendidikan kebangsaan yang di nyatakan berikut akan menentukan arah haluan,asas dan sunber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
                 ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insa yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani dan  jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
                   Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat pendidikan negara ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Program KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan falsafah dan matlamat pendidikan kebangsaan ini. Kejayaan KBSR dan KBSM ini terletak di bahu para guru kita. Oleh itu, guru ialah orang yang memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan falsafah dan matlamat pendidikan kebangsaan, khasnya dalm isu-isu pendidikan yang berikut :
- Perpaduan kaum dan penghapusan polarisasi kaum
- Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan
- Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
- Penerapan nilai-nilai Islam
- Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang
- Menenamkan sifat minat membaca
- Penggunaan bahasa baku
a)     Perpaduan kaum dan penghapusan polarisasi kaum
                   Perpaduan kaum amat penting dalam masyarakat berbilang bangsa di negara kita. Tanpa perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum, kemajuan dan pembangunan tentu akan terjejas dan akhirnya menyebabkan perpecahan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa prasangka-prasangka perkauman harus di kikis. Dalam hal ini sikap toleransi harus sentiasa diamalkan. Perbezaan kebudayaan pendidikan sosial dan ekonomi tidak harus dibiarkan berpanjangan. Malah sebagai rakyat Malaysia, kita harus berusaha merapatkan jurang perbezaan itu demi mewujudkan masyarakat rakyat Malaysia yang bersatu padu,harmonis , aman dan sejahtera.
               Dalam usaha membina satu sistem pendidkan yang berdasarkan perpaduan kelima-lima  prinsip rukun negara ini diambil kira untuk diterapkan dalm falsafah pendidikan kebangsaan. Semua rancangan ko-kurikulum sekolah seperti KBSR dan KBSM tidak terlepas daripada unsur-unsur prinsip rukunegara. Penerapan prinsip-prinsip rukunegara dalam rancangan ko-kurikulum adalah atas kesedaran bahawa sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmu  pengetahuan dan pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanak kita. Melalui sistem pendidikan, kanak-kanak akan dapat dilatih atau diasuh mengikut nilai-nilai dan norma-norma masyarakat yang kita cita-citakan. Justeru itu adalah penting bagi kanak-kanak menyerapkan nilai-nilai murni dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan merekademi mewujudkan perpaduan di antara kaum.
                     Dalam membina satu budaya yang berteraskan perpaduan, guru merupakan agen yang memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya.Ini kerana kaum gurulah yang ditugaskan untuk melaksanakan program KBSR atau KBSM. Oleh itu,semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuklah aktiviti ko-kurikulum harus menekankan unsur perpaduan, iaitu patuh kepada idiologi rukunegara. Dalam hal ini,pengajaran matapelajaran seperti Bahasa malaysia, pendidikan moral, sejarah dan aktiviti ko-kurikulum harus diutamakan. Keempat-empat mata pelajaran tersebut sangat penting dalam usaha mencapai cita-cita yang termaktub dalam rukunegara kita.
                  Sehubungan dengan ini guru harus membawa pembaharuan dan perubahan dalam kaedah         semasa mengajar mat-mata pelajaran tersebut, terutama matapelajaran pendidikan moral yang biasanya tidak diutamakan kerana tidak berorientasikan peperiksaan.
                 Adalah ditegaskan, selain mata pelajaran tersebut, mata pelajaran yang lain juga hendaklah diserapkan dengan nila-nilai murni daripada falsafah pendidikan kebangsaan. Ringkas kata, semasa mengajar, guru harus menonjolkan nilai-nilai murni yang berkenaan.

b)     Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan
             Pembentukan sikap kenegaraan bermaksud menyemaikan perasaan cinta terhadap negara.
                      Seseorang yang mempunyai sikap kenegaraan akan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip rukunegara misalnya sikap taat setia kepada raja dan negara, rela memberi sumbangan dan rela perkorban untuk negaranya. Justeru itu sikap kenegaraan mempunyai ciri-ciri berikut :
1- Taat setia kepada raja dan negara
2- Rela memberi sumbangan untuk kemajuan dan kemakmuran negara
3- Berdisiplin dan bersopan santun
4- Meluhurkan perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang negara.
5- Berdisiplin dan bersopan santun
6-Mempunyai semangat kekitaan
7-Sentiasa sanggup bekerjasama dengan orang lain.
   Pembentukan sikap kenegaraan amat penting untuk pembangunan negara. Justeru itu, pelajar kita harus diasuh kearah membentuk sikap ini supaya mereka :
1 -     Menyedari pentingnya sikap kenegaraan terhadap  diri dan masyarakat untuk  kemajuan, kemakmuaran dan pembangunan negara.
2 -     Memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara.
3 -     Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara
4 -     Menjadi warganegara yang berdisiplin.dengan mematui peraturan-pertauran dan undang-undang
5 -     Berusaha bersungguh-sungguh untuk melengkapkan diri supaya bersedia memberi sumbangan kepada negara
6 -     Menyedari kepentingan sikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat berbilang kaum
7 -     Menghargai segala warisan sejarah dan hasil pembangunan negara.

                       Di peringkat sekolah, peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksanakan melalui tiga cara, iaitu aktivi pengajaran dan pembelajaran, aktviiti ko-kurikulum dan aktiviti budaya sekolah.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

                  Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh di laksanakan secara langsung apabila guru mengajar mat pelajaran seperti pemdidikan moral,sejarah,bahasa malaysia dan sebagainya,atau secara tidak langsung apabila murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan di mana murid-murid akan dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti bekerjasama,tolong menolong,hormat menghormati,tanggungjawab dan toleransi.Sikap-sikap seperti ini adalah penting dalam usaha menegohkan pembentukan sikap kenegaraan.
Aktiviti ko-kurikulum
                       Di dalam kelab dan persatuan,murid-murid mendapat peluang berinteraksi satu sama lain.Mereka juga berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama,semangat kekitaan  dan perpaduan dalam usaha menjayakan projek-projek yang di rancang oleh kelab dan persatuan mereka.
                   Aktiviti unit berunifom membolehkan pelajar-pelajar membentuk sikap kenegaraan semasa mereka menjalankan aktiviti-aktiviti seperti latihan kawad,gotong royong,berkhema,latihan kecemasan dan sebagainya.Melalui aktiviti ini pelajar-pelajar secara tidak langsung di semaikan dengan nilai-nilai murni seperti kerjasama,keberanian,berdikari,kejujuran,taat setia kepada ketua serta semangat bermasyarakat.
Aktiviti budaya sekolah
         Aktiviti budaya sekolah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti:
           1.Menyanyi lagu kebangsaan,lagu sekolah dan lagu patriatik seperti malaysia berjaya’’dalam perhimpunan sekolah
            2.Membaca ikrar dalam upacara-upacara rasmi seperti hari sukan,perhimpunan pengakap dan sebagainya
             3.Mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap hari persekolahan dan perhimpunan sekolah
                 Adalah nyata bahawa semangat patriotisme boleh di wujudkan melalui aktiviti bidaya sekolah tersebut.Oleh itu,tidak dapat di nafikan aktiviti budaya sekolah akan memberi sumbangan kearah pembentukan sikap kenegaraan.
Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
                 Falsafah pendidikan kebangsaan mengandungi aspek-aspek perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari intelek,rohani,emosi,dan jasmani dengan tujuan malahirkan rakyat yang berilmu,berakhlak mulia,bertanggungjawab serta berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
         Objektik-objektif untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam didikan adalah di tentukan berdasarkan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.Di antaranya ialah:
1.Menanamkan kesedaran,kesefahaman,keyakinan dan juga kesyukuran.
2.Menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci.
3.Menghormati kebaikan dan membenci keburukan.
                Pembentukan Insan yang harmonis dan seimbang Matlamat Pendidikan kebangsaan yang utama ialah mengembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh supaya mereka menjadi insan harmonis dan seimbang dari segi rohani dan jasmani.
              Menanamkan sifat minat menbaca
                Tidak dapat di nafikan bahawa kebolehan membaca adalah amat penting dalam mendapatkan ilmu pengatahuan.Kebolehan membaca membolehkan manusia mengumpulkan ilmu pengatahuan daripada buku-buku ilmiah dan bahan-bahan bacaan yang lain.Orang yang berilmu pengatahuan adalah orang yang luas bacaanya.
               Salah satu usaha berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara ialah melahirkan rakyat Malaysia yang  berilmu pengatahuan dan bekeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan dan kemakmuran masyarakat dan negara.Untuk mencapai cita-cita ini,rakyat mesti terlebih dahulu memperlekatkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengatahuan.Sehubungan dengan ini,cara yang paling berkesan untuk memperolehi ilmu pengatahuan ialah dengan menguasai kemahiran membaca dan seterusnya menanamkan tabiat suka membaca.
Penggunaan Bahasa baku 
                         Usaha membakukan bahasa kita kini telah membawa taraf bahasa malaysia ke tahap pengembangan.Sebagaimana yang telah di nyatakan,tujuan mengembangkan bahasa malaysia Menjadikan bahasa baku adalah untuk digunakan dalam situasi-situasi rasmi seperti sekolah,masyarakat,ucapan,perhimpunan,parlimen dan sebagainya.
         Sekiranya masih terdapat perbezaan dalam penggunaan bahasa malaysia,walaupun kecil,cita-cita untuk memupuk perpaduan di antara rakyat tidak mungkin dapat di capai sepenuhnya.Oleh itu,dalam usaha mencapai matlamat pendidikan kebangsaan,Maka pelaksanaan bahasa baku di peringkat sekolah merupakan strategi yang wajar.Ini kerana pelajar-pelajar yang menggunakan bahasa baku pada masa sekarang ini akan menghasilkan golongan penutur bahasa malaysia yang seragam untuk generasi akan datang.
Kesimpulan 
                   Secara keseluruhannya jelaslah bahawa konsep educere dan educare yang telah dipraktikkan dalam sistem pendidikan Negara telah membentuk matlamat pendidikan kebangsaan. Hasil daripada penerapan kedua-dua konsep tersebut telah mengubah keseluruhan sistem pendidikan Negara. Ini telah terbukti apabila pihak sekolah dan guru telah menterjemahkan konsep tersebut kepada pelajar dan seterusnya menghasilkan masyarakat yang mempunyai didikan nilai-nilai murni, rohani, jasmani, emosi, intelektual dan mempunyai kemahiran yang luas dalam menhadapi kehidupan yang global.


BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Aroff &  Zakaria Kasa . ( 1994 ). Falsafah  dan Konsep Pendidikan.(edisi
            kedua).Kuala Lumpur :  Fajar Bakti .

Abdul Rahman Aroff &  Zakaria Kasa . ( 1987 ). Falsafah  dan Konsep Pendidikan.  
Petaling Jaya :  Fajar Bakti.

Abd. Fatah Hasan.(2001).Falsafah Pendidikan .Kuala Lumpur: PTS Publication &
            Distributors Sdn. Bhd.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman.(2008).Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum.
             Tanjung Malim: Quantum Books. Edisi kedua.

Sufean Hussin.(2002) Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.










SGDU 2013
PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENSYARAH : EN. RAMLY BIN MOHD ALI


STAIL PENGAJARAN YANG DIPERLUKAN OLEH SEORANG GURU BARU BAGI MENGURUSKAN BILIK DARJAH DENGAN BAIK
 PENGENALAN.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang murid cenderung untuk mempunyai gaya tertentu. Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan pemerosesan maklumat yang berlaku pada manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah individu hanya boleh melihat sesuatu secara konkrit manakala sesetengah individu boleh melihat sesuatu secara abstrak. Ini bermakna setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri.
Pembelajaran merupakan proses interaktif, iaitu hasil aktiviti guru dan pelajar yang menjadi elemen utama dalam suasana pembelajaran yang spesifik. Bentuk interaktif dalam pembelajaran berkait rapat dengan kefahaman guru tentang sifat setiap individu pelajarnya. Gregore & Ward (1977) mengatakan bahawa pendidik yang mahukan kejayaan tugasnya ke atas individu pelajar haruslah memahami makna ‘individu’, dan mereka mesti menghubungkan cara pengajaran dan cara pembelajaran individu berkenaan.
Gaya pembelajaran secara umumnya merujuk kepada cara atau stail pembelajaran seseorang individu. Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran merupakan suatu cara bagaimana seseorang pelajar itu memberi tumpuan atau mengambil tindakan dalam usaha untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu, atau pengalaman yang baru.

INSTITUSI PENDIDIKAN SEBAGAI PUSAT AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Abd. Rahim bin Abd. Rashid (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaran yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1.    Guru baru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar dengan lebih  menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan dan apresiasi sesuatu matapelajaran dalam kehidupan pelajar.

2.    Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran yang melibatkan guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini seperti penggunaan komputer, software atau  internet.
3.    Pelajar-pelajar perlu didedahkan atau diberi bimbingan melalui gaya pembelajaran dengan cara pengumpulan data atau maklumat dan cara satu  bahan  itu  disusun atau dianalisis.
4.    Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang dipelajari, gaya pembelajaran  dalam  sesuatu metepelajaran seharusnya sentiasa mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru adalah  amat perlu dilakukan oleh pelajar.

5.    Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi   pengajaran yang bersifat `spoon feed’, induktif dan khutbah yang hanya menentingkan supaya murid menerima sahaja apa yang disogok oleh guru telah  tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan  perubahan budaya belajar dan budaya mengajar pada era  perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden .
Cara pengajaran tradisional tidak boleh membantu para pelajar dalam mempraktikkan gaya pembelajaran berkesan. Oleh itu, gaya pengajaran guru perlu diubahsuai kepada bentuk gaya pengajaran lain seperti  gaya pengajaran inkuiri yang boleh memantapkan gaya pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik. Gaya pembelajaran berkesan di kalangan pelajar juga banyak bergantung kepada motivasi, minat dan cara pengajaran yang diperkenalkan guru.

MASALAH DAN ISU PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN
Dalam pengajaran dan pembelajaran, satu persoalan pokok haruslah ditanya iaitu adakah guru memahami gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka yang berbeza?
                   Guru disarankan melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar tetapi amalan para pendidik masih lagi tidak berubah. Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan inisiatif pelajar dan memberinya peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri . Guru sering meluahkan kekecewaan atas sikap pasif pelajar  menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa pelajar juga mungkin kecewa dengan gaya pengajaran guru. Raiff (1992) menyatakan, memahami gaya pembelajaran   seseorang pelajar dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kekecewaan pelajar tersebut.
Dalam konteks memahami sifat pelajar, gaya pembelajaran menjadi indikator bagaimana seseorang pelajar belajar dan cara belajar yang digemarinya.  Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang pelajar memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran.
Mengikut Wan Zahid (1993), perlaksanaan Kurikulum (KBSR) dan Kurikulum (KBSM) ini membawa kepada perubahan penekanan daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan baru dalam proses pembelajaran disekolah, dimana beliau menegaskan bahawa pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar (child centered) mesti diamalkan dan sebaliknya mengurangkan atau menghapuskan pembelajaran yang tertumpu kepada guru (teacher centered).
Dalam pembelajaran individu, Ingham (1992) dan Wan Zahid (1993) mengesyorkan agar para guru, pelajar dan ibubapa memahami stail pembelajaran pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang pelajar itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat menggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan sistematis amat diperlukan memandangkan stail belajar individu merupakan satu aspek yang begitu penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber dan program dipadan-suaikan dengan stail belajar pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat. Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari dengan pendapat tersebut Wan Zahid (1993) menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan stail  gaya belajar individu.Pembelajaran merupakan satu proses interaksi yang melibatkan pelajar, pengajar dan persekitaran . Interaksi individu dengan persekitaran adalah penting bagi mewujudkan pengalaman yang pelbagai untuk terjadinya pembelajaran.
 Terdapat juga kaedah pembelajaran koperatif yang direka oleh Aranson et. al (1978) yang diubahsuai menjadi kaedah Jigsaw II, iaitu pelajar belajar melalui topik-topik kecil yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan mengumpulkan maklumat tentang topik-topik yang diberi melalui kajian serta pembacaan dan akhirnya mereka akan bertukar-tukar maklumat tentang topik masing-masing. Secara tidak langsung, setiap ahli akan mendapat maklumat tentang semua topik kecil yang diberikan.
Apabila kita memperkatakan tentang kumpulan pelajar  sekurang-kurangnya terdapat empat kumpulan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan iaitu aktif, reflektif, teoris dan pragmatis. Bagi pelajar-pelajar yang mengamal sikap pembelajaran secara aktif, mereka lebih suka terlibat dalam suasana perbincangan dan golongan reflektif  pula lebih gemar mengumpul dan menganalisis data. Manakala golongan teoris pula lebih menjurus kepada perkara-perkara yang berasaskan bukti dan logik, sementara golongan pelajar pragmatis cenderung membaca idea, teori dan teknik bagi memastikan ianya berguna dalam situasi yang sebenar.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan cara pengajaran mestilah sesuai dan berpadanan antara kaedah pengajaran dan stail belajar pelajar. Guru yang  mengajar matapelajaran matematik cenderung menggunakan kaedah analitik sudah tentu sukar bagi pelajar global mengikuti dan memahami pelajaran tersebut di mana pelajar  global lebih selesa dengan pengajaran secara global untuk memudahkan kefahaman mereka. Begitulah sebaliknya dengan matapelajaran sains sosial , khususnya matapelajaran yang lebih global sifatnya memerlukan penyesuaian apabila mengajar pelajar analitik iaitu dari segi pengajarannya mestilah menggunakan kaedah pengajaran analitik supaya pelajar analitik lebih mudah mengikut dan memahami subjek yang dipelajari.


Strategi dan pendekatan dalam amalan pengajaran-pembelajaran masa kini.

Zubir Mohamed (1998) mengkaji perbandingan keberkesanan dua cara pengajaran Sejarah iaitu kaedah pengajaran tradisional dan kaedah pengajaran inkuiri dengan sikap dan pencapaian pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor . Proses pengajaran tradisional adalah cara pengajaran berpusatkan guru manakala kaedah pengajian inkuiri menggalakkan pelajar sendiri  bertindak sebagai punca mencari, mengumpul dan menyelidik sesuatu ilmu. Pendekatan  inkuiri adalah salah satu saranan KBSM yang mahukan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada pelajar. Dapatan beliau memperlihatkan kaedah pengajaran inkuiri mengatasi cara tradisional dalam mempertingkatkan sikap dan pencapaian pelajar dalam subjek itu. Dalam pada itu, didapati juga perbezaan dari aspek sikap dan pencapaian berhubung kaedah inkuiri di antara pelajar lelaki dan perempuan di mana didapati  pelajar perempuan adalah lebih positif berbanding pelajar lelaki. 
Tajudin Mohd Yunus (1997) telah membuat kajian sikap guru dan masalah yang mereka hadapi dalam perlaksanaan kaedah kajian luar sebagai satu kaedah pengajian geografi.  Senarai masalah yang disenaraikan adalah banyak iaitu masalah peruntukan kewangan, keselamatan, menghabiskan sukatan pelajaran, perbezaan tahap kecerdasan, kelengkapan , peruntukan masa untuk pentadbiran, menyediakan peta kajian, kerjasama daripada pelajar, menyediakan bahan bacaan yang berkaitan, tahap kecerdasan pelajar, tingkahlaku pelajar, bantuan berkaitan dengan kerja-kerja awal, kerjasama ibu-bapa, nisbah guru-pelajar, masa untuk tinjauan awal, penyesuaian jadual waktu, perlepasan guru daripada jadualwaktu biasa, masa yang diperlukan untuk mendapat data, jumlah pelajar dalam kelas, masa sesuai pelajar membuat kajian, persediaan bacaan berkaitan kajian luar, sikap pelajar kepada kajian luar, jumlah guru yang mengajar geografi, pengetahuan asas pelajar, bantuan guru lain,  bantuan penyeliaan, bantuan daripada bukan guru geografi, masa yang perlu untuk menjalankan latihan, mengorbankan masa belajar sunjek lain, guru tinggalkan kelas untuk penyliaan dan usia pelajar. Masalah-masalah ini disusun mengikut nilai min tertinggi (4.23) hingga terendah (2.96
KESIMPULAN
            Proses pembelajaran dan pengajaran memerlukan guru yang inovatif, kreatif, prihatin dan optimistik serta memerlukan penerokaan  sebanyak mungkin gaya pembelajaran terhadap pelajar-pelajarnya. Satu cara untuk memeroka adalah dengan mencuba sesuatu yang baru. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah stail pengajaranya, tidak salah kiranya seseorang guru itu mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran pelajar. Tidak rugi juga jika guru-guru sangup juga mencuba sesi-sesi interaksi pembelajaran berasaskan akal.
            Kita seharusnya berupaya menjadi guru yang tidak memberi jawapan tetapi mendidik pelajar-pelajar untuk mempersoalkan soalan dan jawapan. Untuk itu, kita harus membina insan pelajar yang meguasai kemahiran belajar dan berfikir dengan mengikut gaya, cara, dan rentak pembelajaran pelajar-pelajar. Sebenarnya semua tuntutan perubahan dalam interaksi di bilik darjah itu terserah kepada stail pengajaran masing-masing

RUJUKAN

Abdul Rahim bin Abdul Rashid. 1990. Strategi pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Fajar               Bakti Sdn. Bhd.

Abd. Rahim Rashid. 1998. Kaedah dan metodologi yang berkesan pengajaran-pembelajaran sejarah. Kertas kerja kursus “Kursus guru-guru Sejarah MARA pada 20hb–24hb April Bangunan Mara , Kuala Lumpur.

Ahmad Mohd. Said . 1998 . Pengarah Bahagian Pendidikan Guru . ‘ Guru Ijazah Perlu Memiliki Ilmu Pengetahuan Terkini . Berita Harian .3hb September 1998 .

Blackmore, J. 1996. Pedagogy: learning style preferencs: Edisi Elektronik.

Claxton, C.S. & Murral, P.H. 1987. Learning styles: implication for improving education. Washington: Ashe-ERIC Higher Education Report No. 4.

Dunn, R. & Dunn, K. 1978. Teaching students through their individual learning styles: a practical approach. The 14th annual leadership institute, Jamaica. New York.

Dunn, R. & Dunn, K.J. 1979. Learning styles/teaching styles: should they… can they… be matched? When its important to them, they can.  Educational Leadership.  January.

Felder, R.M. 1993. Learning and teaching style in college science education. Reading the second tier: learning and teaching style in college science education J. college science teaching, 23(5) 286-290  Edisi Elektronik.

Hartman, V.F. 1995. Teaching and learning styles preference: transition through technology. BCCA Journal. 9(2):18-20. Edisi Elektronik.

Hasan Haris et al. 1993. Masalah pengajaran dalam perlaksanaan kurikulum sejarah dalam KBSM. Dlm. Jurnal Pendidikan. 18.3-15. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ingham, J. 1992. Learning styles: challenging and transforming education. Innotech Journal Jan/June .


Rohana Zubir. 1987.  Aplikasi teknologi – dalam pembelajaran Sejarah: kesan dan masalah.  Masalah Pendidikan 12 89-98.

Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin. 1993. Pengisian wawasan pendidikan. Kertas Utama, Persidangan Pendidikan Nasional 8-11 April, 1993. Genting Highland: Institut Aminuddin Baki, Sri Layang.





SGDT 3023
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
PENSYARAH : EN. HASNAN HASSAN










SGDC 1023
SAINS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENSYARAH : PROF. MADYA DR. MOHD IZAM GHAZALI









SGDU 4162
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM
PENSYARAH : EN. MOHD ROSLI A.RAHMAN


SGDT 4013
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
PENSYARAH : EN. HASNAN HASSAN









SGDE 4013
PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN
PENSYARAH : EN. MOHD ISHA AWANG



SGDP 4043
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
PENSYARAH : HJ. ALIS BIN PUTIH














SGDK 4042
PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
PENSYARAH :






SGDK 4054
KAEDAH MENGAJAR PENDIDIKAN ISLAM
PENSYARAH : 

No comments:

Post a Comment