ASALAMUALAIKUM

Profile

My Photo
Kelantan, Malaysia
KNOWLEDGE IS........................... NAME : M ATAR SHAMSI BIN YUSUF......... NO MATRIK : 202230..................... .......................................E-MAIL : abinadiah@gmail.com

PENDIDIKAN ISLAM

Kurikulum Pendidikan Islam
PENDAHULUAN
Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup dan amalan setiap detik bagi seorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek ilmu, amalan dan penghayatan. Murid diberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam serta mencukupi tentang pelbagai persoalan dan isu kehidupan yang luas bagi mencorak dan mempengaruhi budaya serta cara hidup masyarakat dan umat Islam. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam KBSM ini, hendaklah diajar dengan tulisan Jawi. Bidang-bidang pembelajaran hendaklah diolah dan disampaikan dengan berkesan melalui cara yang lebih menarik dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan secara meluas, mampu mengubah dan membangunkan diri sendiri serta masyarakat yang mempunyai daya fikir yang cemerlang, berakhlak mulia, bersefahaman, bersyukur dan bersatu padu. Pengolahan yang demikian rupa hendaknya mampu menghasilkan tamadun ummah yang tinggi serta dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara. Nilai-nilai daripada mata pelajaran lain seperti Sains, Geografi, Sejarah dan Matematik juga perlulah direntas supaya wujud kesepaduan daripada pelbagai ilmu yang diperolehi di sekolah menengah. Melalui pendekatan ini, cita-cita untuk melahirkan insan harmonis, seimbang dan bertaqwa akan tercapai.


Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah.

Kurikulum dan Metodologi Pendidikan Islam 

Metodologi Pendidikan Islam merupakan himpunan kaedah, teknik, cara, gaya dan strategi yang digunakan oleh pensyarah atau guru dalam menyampaikan sesuatu isi pengajaran Pendidikan Islam agar ia mudah difahami dan dihayati oleh pelajar-pelajar. Pensyarah harus mempelbagaikan metodologi pengajaran dan mengubahsuai sesuatu pengajaran dari semasa ke semasa mengikut tahap penerimaan pelajar. Kurikulum yang baik belum tentu menjamin kefahaman yang tinggi oleh pelajar terhadap sesuatu isi pengajaran tanpa kaedah pengajaran yang sesuai.

Sumber-Sumber Pendidikan Islam 

Sumber-Sumber Pendidikan Islam merupakan asas dan prinsip utama di dalam menentukan dasar dan hala tuju Pendidikan Islam. Sumber utama Pendidikan Islam adalah satu sahaja iaitu wahyu Ilahi. Sementara wahyu Ilahi pula terbahagi kepada dua iaitu Al-Quranul Karim dan Hadis Sahih. Sementara itu di sana ada satu lagi sumber Pendidikan Islam yang menjadi rujukan umat Islam iaitu Ijmak Ulamak dan Qias yang berlandaskan wahyu Ilahi iaitu Al-Quran dan al-Sunnah



MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

OBJEKTIF

Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid dapat :-
1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid, untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al-Quran.
2. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.
3. Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.
4. Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan.
5. Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat Fardu ‘Ain serta memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai kewajipan umat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.
6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyah, khulafa' al-rasyidin, dan tokoh-tokoh Islam sebagai asas pembentukan dan pembangunan insan yang cinta dan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.
7. Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tunggak budaya bangsa yang bermaruah.
8. Membaca dan menulis Jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebagai warisan amalan budaya bangsa akan terus diperkukuhkan.

KANDUNGAN KURIKULUM

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam ini dibahagi kepada tiga bidang pembelajaran. Peruntukan waktu Pendidikan Islam ialah sebanyak enam waktu (3+1+2) di peringkat sekolah menengah rendah dan empat waktu (3+1) di peringkat sekolah menengah atas. Peruntukan waktu amali solat perlu di isi dengan solat berjemaah dan tazkirah yang berkaitan dengan kehendak sukatan pelajaran. Manakala peruntukan dua waktu tambahan perlu digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperkukuhkan penyampaian objektif kurikulum Pendidikan Islam.

1. Bidang Pembelajaran Tilawah al-Quran dan Hadis

Bidang Pembelajaran Tilawah al-Quran dan Hadis menumpukan perkara-perkara berikut :-
1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut hukum-hukum tajwid yang betul dan fasih.
1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukum-hukum tajwid yang betul dan fasih.
1.3 Memahami pengertian dan hikmah ayat-ayat tertentu dan hadis-hadis pilihan.
1.4 Memahami serta menghayati pengajaran al-Quran dan Hadis sebagai sumber hukum.

2. Bidang Pembelajaran ‘Ulum Syar‘iyah

Bidang Pembelajaran ‘Ulum Syar‘iyah menumpukan perkara-perkara berikut :-
2.1 Pemantapan akidah menerusi peneguhan Iman, pemupukan sikap, tanggungjawab pelajar sebagai manusia yang sedar dan insaf akan kedudukannya terhadap Allah s.w.t diri sendiri, alam sekitar, masyarakat dan negara.
2.2 Penghayatan ibadah menerusi pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t serta melakukannya.
2.3 Memahami peranan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah sebagai ibadah yang diperlukan untuk pembangunan diri dan negara ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
2.4 Meneladani sirah Rasulullah s.a.w dan tamadun Islam iaitu dengan mengetahui mencontohi dan membangunkan kembali keagungan tamadun Islam.

3. Bidang Pembelajaran Adab Berteraskan Akhlak Islamiah

Bidang pembelajaran Adab berteraskan Akhlak Islamiah diajar khusus dalam bidang Akhlak Islamiah. Adab yang telah diperolehi dan diamalkan di peringkat sekolah rendah dipertingkatkan lagi di sekolah menengah. Adab ini berdasarkan cara hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.
Kandungan Kurikulum ini digubal untuk memenuhi keperluan setiap muslim dari segi fardu Kifayah bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, bersesuaian dengan peringkat dan keupayaan pelajar sekolah menengah.


STRUKTUR DAN KANDUNGAN SUKATAN

Kandungan sukatan pelajaran ini dibahagikan kepada tiga bahagian:

a) Tilawah al-Quran menumpukan perkara-perkara berikut:

Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut hukum-hukum tajwid, memahami pengertian, pengajaran dan hikmat serta menghayatinya.

Menghafaz ayat-ayat al-Quran mengikut hukum-hukum tajwid, memahami pengertian, pengajaran dan hikmat serta menghayatinya.

b) 'Ulum Syar'iyah pula adalah menumpukan perkara-perkara berikut:

Pemantapan aqidah menerusi peneguhan Iman; pemupukan sikap; tanggungjawab pelajar sebagai manusia yang sedar dan insaf akan kedudukan dan tanggungjawabnya terhadap Allah S.W.T., diri, masyarakat, negara dan alam sekitar.

Penghayatan ibadah menerusi pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. serta melakukannya.

Meneladani sirah Rasullah S.A.W. dan Tamadun Islam iaitu dengan mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali keagungan Tamadun Islam.

c) Manakala Akhlak Islamiyah pula menumpukan pembentukan peribadi pelajar kearah tingkahlaku muslim mukmin melalui pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan cara hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah S.W.T., diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar.

  N
ilai-nilai yang ditentukan dalam akhlak Islamiah sebahagiannya diajar khusus dalam Bidang Akhlak, dan sebahagiannya lagi disepadukan melalui Bidang-bidang Tilawah Al-Quran dan 'Ulum Syar 'iyah. Nilai-nilai diperincikan dan diajar secara sepadu serta dihubungkait antara satu sama lain, dan diulangi dari semasa ke semasa bagi memupuk sifat-sifat mahmudah secara berterusan di dalam diri pelajar. Kesemua nilai-nilai atau sifat-sifat mahmudah dalam bidang ini diajar pada setiap Tingkatan. Walau pun nilai itu sama, namun skop dan isi pelajarannya adalah berbeza kerana kandungan yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam. Ketiga-tiga bidang ini merupakan kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah S.W.T. Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan peringkat dan keupayaan pelajar sekolah menengah. Bahan-bahan rujukan seperti al-Quran, as-Sunnah, Sirah Rasulullah S.A.W. sejarah para Sahabat R.A., pendapat para sarjana Islam, dan ilmu lain seperti Sains, Matematik, Geografi dan Sejarah boleh dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi pada peringkat sekolah menengah ini dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi.



KANDUNGAN BIDANG







































TINGKATAN 1

1.0 Tilawah Al-Quran

1.1 Objektif

Setelah mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan I, pelajar dapat:
• membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tartil;
• menghafaz ayat-ayat tertentu daripada Surah Al-Baqarah mengikut bacaan tadwir.
• memahami tafsiran, hikmat, dan pengajaran ayat-ayat Al-Quran serta menghayatinya.

1.2 Isi

a. Ayat Bacaan: Ayat 1 hingga 286 Surah Al-Baqarah.

b. Ayat Hafazan: Ayat 1 hingga 5,201, 255, 256, 284, 285 dan 286 Surah Al- Baqarah.

c. Ayat Kefahaman: Ayat 1 hingga 5, 34 hingga 37, ayat 83, 155 hingga 156, 168, 201, 219, 255, 256, 282, 284, 285 dan 286 Surah Al-Baqarah.

2.0 Ulum Syar 'iyah

2.1 Aqidah

1.1 Akidah :-

1.1.1 Konsep akidah.
1.1.2 Asas-asas Akidah Islamiah.
1.1.3 Akidah berteraskan Rukun Iman.

2.1.1 Objektif

Setelah mempelajari aqidah Tingkatan I pelajar dapat:

a. memahami konsep aqidah;
b. mempertingkat dan memantapkan aqidah Islamiah;
c. memahami rukun-rukun iman yang menjadi asas aqidah Islamiah; dan
d. menyakini serta menghayati rukun-rukun iman.

2.1.2 Isi

a. Konsep aqidah
b. Asas-Asas aqidah Islamiah
c. Aqidah berteraskan rukun iman, dan
d. Dalil aqli tentang kewujudan Allah berdasarkan dalil naqli dan alam syahadah.

2.2 Ibadat

3.2.1 Konsep Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah.

3.2.2 Implikasi Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah kepada individu,
masyarakat dan negara.

3.2.3 Bersuci :-

c. Konsep bersuci.
d. Bersuci daripada najis, cara dan hikmahnya.
e. Istinja’ dan hikmahnya.
f. Wuduk dan hikmahnya.
g. Mandi dan hikmahnya.
h. Tayammum dan cara-cara serta hikmahnya.
i. Sertu, samak dan cara-cara melakukannya serta
hikmahnya.
j. Hikmah bersuci dalam kehidupan individu dan
masyarakat.

3.2.4 Solat Fardu :-

c. Solat fardu, dalil wajib dan hikmahnya.
d. Solat berjemaah dan kepentingannya.
e. Cara-cara khusyuk dalam solat.


2.2.1 Objektif

Setelah mempelajari ibadat Tingkatan I, pelajar dapat:

a. memahami konsep dan cara-cara bersuci mengikut hukum syarak serta mengamalkannya dengan sempurna;
b. memahami kepentingan solat fardu, solat sunat serta dapat mengamalkannya dengan sempurna; dan
c. memahami kewajipan puasa serta dapat mengamalkannya dengan sempurna.

2.2.2 Isi:

a. Bersuci:

i) Konsep bersuci dan maananya.
ii) Bersuci daripada najis, cara dan hikmatnya.
iii) Intinjak.
iv) Wuduk dan hikmatnya
v) Tayammum dan kaifiat serta hikmatnya, dan
vii) Sertu dan samak serta cara-cara melakukannya.

b. Kesan bersuci dalam kehidupan individu dan masyarakat.

c. Solat:

i) Solat fardu kewajipan dan hikmatnya.
ii) Solat berjamaah dan kepentingannya.
iii) Solat sunat rawatib dan sunat tahiyyatul masjid cara-cara mengamalkan dan kepentingannya.

d. Puasa:

i) Puasa, kewajipan dan hikmatnya
ii) Jenis puasa.

2.3 Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam

1.3 Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam :-

3.2.1 Riwayat hidup Rasulullah s.a.w.

3.2.2 Masyarakat Arab sebelum dan selepas kelahiran Rasulullah
s.a.w.

3.2.3 Perjuangan Nabi Muhammad s.a.w di Mekah al-Mukarramah
dalam mengukuhkan Akidah Islamiah.

3.2.4 Strategi perjuangan Rasulullah s.a.w.

3.2.5 Faktor-faktor kejayaan dan strategi dakwah Islamiah
Rasullullah s.a.w di Mekah.

3.2.6 Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah dan pengajaran yang
diperolehi.

3.2.7 Keunggulan perjuangan tokoh-tokoh berikut :-

a. Abu Bakar al-Siddiq.
b. Saidina ‘Umar al-Khattab.
c. Saidina ‘Uthman bin ‘Affan.
d. Saidina Ali bin Abi Talib.
e. Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib.
f. Khadijah binti Khuwalid.
g. Abu Hurairah.
h. Abdul Rahman bin ‘Auf.
i. Aishah binti Abu Bakar.
j. Khalid bin al-Walid.
k. Fatimah al-Zahra’.
l. Sumaiyah.
m. Bilal bin Rabah.


2.3.1 Objektif:

Setelah mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan I, pelajar dapat:

a. memahami konsep sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam;
b. memahami dan meneladani Sirah Rasulullah S.A.W. dalam menegakkan agama Allah S.W.T. di Makkah Al- Mukarramah;
c. mengenali tokoh-tokoh yang terkemuka dan berjasa pada zaman awal Islam, menghargai dan mencontohi perjuangan; dan
d. sumbangan tokoh-tokoh berkenaan dalam tamadun Islam.

2.3.2. Isi:

a. Konsep keimanan kepada Rasul.

b. Perjuangan Nabi Muhammada S.A.W. di Makkah Al- Mukarramah dalam menegakkan aqidah Islamiah.

c. Semangat dan perjuangan tokoh-tokoh berikut dalam menegakkan perjuangan Islam di Mekah:

i) Khadijah binti Khuwailid r.a.
ii) Abu Bakar As-Siddiq r.a.
iii) Sumaiyah r.a.
iv) Bilal bin Rabah r.a.

3.0 Akhlak Islamiah

6. Adab dan Akhlak Islamiah

3.2 Adab Dalam Kehidupan Seharian :-
3.2.1 Adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan.

3.2.2 Adab berkawan.

3.2.3 Adab ketika ditimpa musibah dan menerima nikmat.

3.2.4 Adab berjiran.

3.2.5 Adab menjaga diri dan maruah.

3.2.6 Adab berfikir.

3.2.7 Adab berhias diri.

3.2.8 Adab menjaga orang sakit.

3.2.9 Adab musafir.

3.2.10 Adab bernegara.

3.2.11 Adab dengan pemimpin.

3.2.12 Adab berjuang.


3.1 Objektif

Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:

a. menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;
b. menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam;
c. menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d. menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e. mengamatkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.

3.2 Isi

a. Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c. Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d. Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e. Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai

TINGKATAN 2

1.0 Tilawah Al-Quran

1.1 Objektif:

Setelah mempelajari Tilawah al-Quran Tingkatan 2, pelajar dapat

a. membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;
b. menghafaz ayat-ayat yang tertentu daripada Surah Ali Imran mengikut bacaan tadwir; dan
c. memahami tafsiran, hikmat, pengajaran dan menghayati ayat-ayat Al-Quran.

1.2 Isi:

a. Ayat Bacaan: Surah Ali Imran ayat 1 hingga 200
b. Ayat Hafazan: Surah Ali Imran ayat 8, 18, 26 dan 27
c. Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran ayat 8, 18, 26, 27, 103, 110, 133 hingga 136 dan 159.

2.0 Ulum Syar'iyah

2.1 Aqidah:

1.1.4 Konsep mukmin dan muslim.

1.1.5 Dalil-dalil tentang kewujudan Allah s.w.t :-

c. Dalil Naqli.
d. Dalil ‘Aqli.

1.1.6 Sifat-sifat Allah s.a.w berdasarkan al-Asma’ al-Husna serta
dalil ‘Naqli dan Aqli :-

c. al-Wahid.
d. al-Rahman.
e. al-Rahim.
f. al-Hakim.
g. al-‘Alim.
h. Al-‘Adl.

1.1.7 Kesan-kesan beriman kepada Allah s.w.t.

1.1.8 Beriman kepada Malaikat :-
c. Hakikat Malaikat.
d. Tugas-tugas Malaikat.
e. Kesan beriman kepada Malaikat.

1.1.9 Beriman kepada kitab-kitab suci yang diturunkan oleh Allah:-

c. Taurat.
d. Zabur.
e. Injil.
f. al-Quran.


2.1.1 Objektif:

Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 2, pelajar dapat:

a. bertaabud dan bertaqarrub kepada Allah S.W.T.;
b. menghayati sifat mahabbah, rahmah, sakinah dan mawaddah dalam kehidupan bermasyarakat; dan
c. memanifestasikan rukun iman dalam kehidupan harian.

2.1.2 Isi:

a. Sifat-sifat Allah S.W.T. Yang Maha Esa, Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, dan Maha Adil.

b. Dalil naqli dan aqli yang menunjukkan bahawa Allah S.W.T. Maha Esa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha bijaksana, maha Mengetahui dan Maha Adil.

c. Kesan-kesan keimanan kepada Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Bijaksana dalam realiti kehidupan seperti kasih sayang kepada ibubapa, homrat kepada jiran, hormat kepada guru, dan lain-lain.

d. Keimanan kepada malaikat

i) Hakikat malaikat
ii) Tugas-tugas malaikat
iii) Kesan dan implikasi percaya kepada Malaikat

e. Keimanan kepada kitab-kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

i) Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dan tujuannya.
ii) Al-Quran sebagai mukjizat yang dijamin ketulenan isi kandungannya.
iii) Al-Quran sebagai bacaan dan panduan hidup seharian.

2.2 Ibadat

3.2.5 Solat Jumaat :-

c. Konsep Solat Jumaat.
d. Syarat wajib, syarat sah dan cara.
e. Rukun Khutbah Jumaat dan cara melaksanakannya.
f. Adab makmum.

3.2.6 Solat Sunat Rawatib dan Tahiyyatul masjid serta cara-cara
mengamalkannya.

3.2.7 Solat Jamak dan Qasar :-

c. Konsep Solat Jamak dan Qasar.
d. Memahami dan menghargai Solat Jamak dan Qasar.
e. Hikmah, syarat dan kaifiat Solat Jamak dan Qasar.

3.2.8 Solat Hajat.

3.2.9 Solat Aidil Fitri dan Aidil Adha.

3.2.10 Puasa :-

c. Konsep puasa, dalil dan hikmah.
d. Jenis puasa.
e. Syarat wajib, syarat sah, rukun, sunat dan makruh
puasa.
f. Perkara yang membatalkan puasa.
g. Orang yang harus berbuka puasa.
h. Qada’ dan fidyah puasa.



3.2.11 Penghayatan bulan Ramadan :-

c. Solat Tarawih.
d. Tilawah al-Quran.
e. Sedekah.

3.2.12 Zakat fitrah :-

c. Pengertian Zakat Fitrah dan hikmahnya.
d. Cara mengeluarkan Zakat Fitrah.


2.2.1 Objektif:

Setelah mempelajari Ibadat Tingkakt 2, pelajar dapat:

a. memahami kewajipan dan kepentingan solat Jumaat, jamak, qasar dan mengamalkannya dengan sempurna.
b. memahami kewajipan puasa, serta menghayati bulan Ramadan; dan
c. memahami kewajipan zakat fitrah.

2.2.2 Isi:

a. Solat Jumaat:

i) Konsep Jumaat.
ii) Syarat wajib, sah serta cara mengamalkannya.
iii) Rukun Khutbah Jumaat.
iv) Adab Makmum.

b. Solat Jamak dan Qasar:

i) Konsep solat jamak dan qasae.
ii) Memahami dan menghargai solat jamak dan qasar.
iii) Hikmat, syarat-syarat dan kaifiatnya.

c. Puasa:

i) Konsep puasa.
ii) Syarat wajib, rukun, perkara yang membatalkan, sunat dan maksuh.
iii) Orang yang harus berbuka puasa.
iv) Qada dan fidyah puasa.
v) Penghayatan bulan Ramadan.

d. Zakat fitrah:

i) Konsep zakat fitrah.
ii) Syarat wajib zakat fitrah.
iii) Waktu mengeluar zakat fitrah.
iv) Hikmat zakat fitrah.

2.3 Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam

3.2.8 Kepimpinan Rasulullah s.a.w di Madinah :-

c. Pembinaan masjid dan kepentingannya.
d. Persaudaraan Muhajirin dan Ansar.
e. Piagam Madinah.
f. Perjanjian Hudaibiyah.


2.3.1 Objektif

Setelah mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan 2; pelajar dapat:

a. memahami faktor kejayaan dakwah Rasulullah S.A.W. di Mekah;
b. meneladani dan mengambil iktibar peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah, dan
c. mengenali tokoh-tokoh sahabat terkemuka yang memberi sumbangan kepada kejayaan Islam.

2.3.2 Isi:

a. Faktor-faktor kejayaan dakwah Islamiah Rasulullah S.A.W. di Mekah.

b. Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah dan pengajaran yang diperolehi.

c. Semangat perjuangan tokoh:

i) Sayyidina Omar Al-Khattab r.a.
ii) Osman bin Affan r.a.
iii) Ali bin Abi Talib k.w.
iv) Hamzah bin Abd. Mutalib

3.0 Akhlak Islamiah

3.3 Adab Dalam Kehidupan Bersosial :-

3.3.1 Adab terhadap muslim dan bukan muslim.

3.3.2 Adab menerima/melayan tetamu.

3.3.3 Adab bekerja.

3.3.4 Adab bercakap dalam majlis.

3.3.5 Adab amar makruf dan nahi mungkar.

3.3.6 Adab di tempat rekreasi.

3.3.7 Adab menjaga kemudahan awam.

3.3.8 Adab ziarah jenazah.
3.3.9 Adab menjaga alam.

3.3.10 Adab memberi dan menerima sedekah dan hadiah.

3.3.11 Adab berjual beli.


3.1 Objektif:

Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:

a. menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;
b. menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam;
c. menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d. menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e. mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.

3.2 Isi:

a. Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c. Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d. Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e. Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai


TINGKATAN 3

1.0 Tilawah Al-Quran

1.1 Objektif

Setelah mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan 3; pelajar dapat:

a. membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;
b. menghafaz ayat-ayat tertentu, daripada surah Al-A'raaf dan surah Al-Jumu 'ah mengikut bacaan tadwir, dan
c. memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat di atas dan menghayatinya.

1.2 Isi

a. Ayat Bacaan:

i) Surah Al-A'raaf, ayat 1 hingga 87; dan
ii) Surah Al-Jumu'ah, ayat 1 hingga 11;

b. Ayat Hafazan:

i) Surah Al-A'raaf, ayat 23.
ii) Surah Al-Jumu 'ah, ayat 9, 10 dan 11.

2.0 Ulum Syar'iyah

2.1 Aqidah

1.1.10 Beriman kepada Rasul :-

c. Mentaati Rasul bererti mentaati Allah s.w.t.
d. Rasul-rasul yang wajib diketahui dan sejarahnya.
e. Sifat-sifat para Rasul.
f. Kesan-kesan beriman kepada Rasul.
g. Beriman terhadap ‘Ismah al-Rasul.

1.1.11 Beriman kepada Hari Akhirat :-

c. Kematian, Alam Barzakh.
d. Hari Kiamat.
e. Dosa.
f. Pahala.
g. Mahsyar.
h. Hisab.
i. Mizan.
j. Sirat.
k. Syurga.
l. Neraka.
m. Persediaan menghadapi Hari Akhirat.
n. Kesan beriman kepada Hari Akhirat.

1.1.12 Beriman kepada qada’ dan qadar serta hikmahnya :-

a. Pemahaman yang betul mengenai konsep ikhtiar,
tawakal dan af‘al al-‘ibad serta hubungannya dengan
qada’ dan qadar.


2.1.1 Objektif

Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 3, pelajar dapat:

a. memperkukuhkan keyakinan terhadap Rasul, hari akhirat, qada dan qadar serta merasai kesannya dalam kehidupan harian;
b. meneladani Rasulullah S.A.W. sebagai uswah dan qudwah hasanah;
c. melaksanakan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat;
d. redha dengan qada dan qadar Allah S.W.T.

2.1.2 Isi

a. Keimanan terhadap Rasul:

i) Mentaati rasul bererti mentaati Allah S.W.T.
ii) Rasul-Rasul yang wajib diketahui dan sejarahnya secara ringkas.
iii) Sifat-sifat para rasul.
iv) Kesan-kesan keimanan kepada rasul.
v) Keimanan terhadap ismaturrasul.

b. Keimanan terhadap Hari Akhirat:

i) Ajal manusia, nikmat dan siksa kubur.
ii) Hari kiamat, dalil, dosa, pahala, mahsyar, hisab mizan, sirat, syurga dan neraka serta dalil-dalilnya.
iii) Persediaan menghadapi hari kiamat.
iv) Kesan keimanan terhadap hari kiamat.

c. Keimanan kepada qada dan qadar:

i) Qada dan qadar serta hikmat
ii) Kefahaman yang betul mengenai konsep ikhtiar, tawakkal dan af'alul ibad serta hubungannya dengan qada dan qadar.

2.3 Ibadat:

3.2.13 Solat ketika sakit dan cara-caranya

3.2.14 Solat Tahajjud.

3.2.15 Pengurusan jenazah dan cara-caranya.

3.2.16 Konsep zakat harta dan dalil wajib :-

c. Jenis harta yang diwajibkan zakat dan cara-caranya.
d. Asnaf zakat.
e. Hikmah zakat.
f. Institusi pengurusan zakat di Malaysia.


2.3.1 Objektif:

Setelah mempelajari ibadat Tingkatan 3, pelajar dapat:

a. memahami cara mengamalkan solat ketika sakit, solat jenazah, solat hjat; dan
b. memahami kewajipan zakat harta benda.

2.3.2 Isi:

a. Ibadat

i) ibadat ketika sakit.
ii) Kewajipan mengerjakan solat ketika sakit dan kaifiatnya.
iii) Keajipan solalt jenazah dan kaifiatnya.
iv) Solat hajat.

b. Zakat

i) Konsep zakat.
ii) Jenis harta yang diwajibkan zakat dan kaifiatnya.
iii) Zakat dan hikmatnya.
iv) Asnaf zakat.
v) Institusi pengurusan zakat di Malaysia.

2.4 Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam

3.2.9 Keistimewaan tindakan dan strategi Rasulullah s.a.w
semasa Pembukaan Mekah.

3.2.10 Pemerintahan Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin :-

c. Ciri-ciri kepimpinan Khulafa’ al-Rasyidin.
d. Sistem pentadbiran Khulafa’ al-Rasyidin.
e. Penyebaran Islam.

3.2.11 Perkembangan Islam pada zaman Umaiyah :-

c. Ketenteraan.
d. Pendidikan.
e. Ekonomi.
f. Kegemilangan Tamadun Islam.
g. Faktor Kemorosotan.

3.2.12 Perkembangan Islam pada zaman Bani Abbasiah :-

c. Penyebaran Islam semangat dan jihad.
d. Perkembangan ilmu pengetahuan.
e. Ketenteraan.
f. Pendidikan.
g. Perekonomian.
h. Sains dan Teknologi.
i. Kegemilangan tamadun Islam.
j. Faktor keunggulan dan kemerosotan tamadun Islam.


2.4.1 Objektif:

Setelah mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan 3; pelajar dapat:

a. memahami dan mencontohi Rasulullah S.A.W. sebagai pemimpin di Madinah.
b. memahami strategi perjuangan Rasulullah S.A.W. sehingga membawa kepada Fathu Makkah.
c. memahami dan mencontohi keperibadian agung Rasulullah S.A.W. sebagai pemimpin agung; dan
d. mengenali tokoh-tokoh sahabat terkemuka yang memberi sumbangan besar kepada kejayaan Islam.

2.4.2 Isi:

a. Kepimpinan Rasulullah S.A.W. dalam:

i) Pembinaan masjid dan pembentukan negara.
ii) Persaudaraan masyarakat Islam (Muhajirin dan Ansar).
iii) Pembentukan masyarakat Madinah (piagam Madinah).
iv) Perjanjian Hudaibiyah.
b. Pembukaan mekah.

c. Semangat dan perjuangan tokoh-tokoh Islam.

i) Abu Hurairah r.a.
ii) Abd. Rahman bin Auf r.a.
iii) Aishah binti Abu Bakar r.a.
iv) Khalid bin Al-Walid r.a.
v) Fatimah Al-Zahra' r.a.

3.0 Akhlak Islamiah

3.4 Adab Dalam Menunaikan Ibadat :-

3.4.1 Adab membaca al-Quran.

3.4.2 Adab di masjid/surau.

3.4.3 Adab terhadap al-Quran.

3.4.4 Adab berdoa.

3.4.5 Adab beribadat.


3.1 Objektif:

Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:

a. menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;
b. menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam.
c. menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d. menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e. mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.

3.2 Isi:

a. Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c. Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d. Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e. Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai


TINGKATAN 4

1.0 Tilawah Al-Quran

TILAWAH AL-QUR`AN

1. Ayat Hafazan.

1. Surah Al-An`amm ayat 162-163.
2. Surah al-Mukminun ayat 1-11.
3. Surah Luqman ayat 12-19

2. Kefahaman Ayat.

1. Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t.
2. Manusia dipimpin oleh wahyu.
3. Hidayah Allah s.w.t.
4. Manusia bertanggungjawab.
5. Tanggungjawab mempertahankan negara.
6. Sabar menghadapi ujian Allah s.w.t.
7. Kebahagiaan dunia dan akhirat.
8. Nasihat Luqman Al-Hakim.
9. Hikmah Allah s.w.t menjadikan berbagai-bagai bangsa.
10. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.

1.1 Objektif

Setelah mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan 4, pelajar dapat

a. membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tartil;
b. menghafaz ayat-ayat tertentu daripada surah Al-An'am, surah Al- Mukminun dan surah Luqman dengan bacaan tadwir; dan
c. memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat tertentu dan menghayatinya.

1.2 Isi

a. Ayat Bacaan:

i) Surah Al-An'am, ayat 1-165;
ii) Surah Al-Mu'minun, ayat 1 - 35;
iii) Surah Luqman, ayat 1 - 21.

b. Ayat Hafazan:

i) Surah Al-An'am, ayat 162 - 163
ii) Surah Al-Mu'minun, ayat 1 - 11,
iii) Surah Luqman, ayat 12 - 19.

c. Ayat Kefahaman:

i) Surah Al-An'am, ayat 6, 50, 70, 125 dan 161 hingga 165.
ii) Surah Al-Mu'minum, ayat 1 - 11,
iii) Surah Luqman, ayat 12 - 19.

2.0 Ulum Syar'iyah

2.1 Aqidah:

Aqidah.

1.1.13 Perkara yang membatalkan iman dan dalil :-

c. Syirik.
d. Kufur.
e. Riddah.
f. Khurafat.
g. Sihir.
h. Nifak.

1.1.14 Dosa-dosa besar yang merosakkan iman dan kesannya :-

c. Menghina dan menderhakai ibu bapa.
d. Menipu dan berbohong.
e. Mencuri.
f. Menagih dadah.
g. Minum arak.
h. Berzina .
i. Liwat, Musahaqah.
j. Riba.
k. Makan harta anak yatim.
l. Membunuh diri.
m. Lari dari medan perang.
n. Menuduh berzina.
o. Mengumpat dan memfitnah.

1.1.15 Taubat :-

c. Konsep.
d. Dalil.
e. Cara-cara.
f. Hikmah.

1.1.16 Iman :-

c. Martabat iman.
d. Tingkat iman.
e. Kemanisan iman.

1. Islam agama sarwajagat.
2. Peranan iman dalam kehidupan.
3. Alam tanda kekuasaan Allah s.w.t
4. Alam cakrawala.
5. Manusia dan alam.

2.1.2 Objektif:

Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 4, pelajar dapat:

a. memahami perkara-perkara yang membatal dan merosakkan iman;
b. memelihara diri daripada perkara-perkara yang membatal dan memrosakkan iman; dan
c. memahami cara-cara bertaubat dan menghayatinya.

2.2 Isi

a. Perkara yang membatalkan iman:

i) Syirik.
ii) Kufur.
iii) Riddah.
iv) Khurafat.
v) Sihir.
vi) Nifaq.

b. Dosa-dosa besar yang merosakkan iman:

i) Menghina dan menderhakai ibu bapa.
ii) Riba.
iii) Mencuri.
iv) Menipu.
v) Minum arak dan menagih dadah.
vi) Berzina/ liwat/ musahaqah.
vii) Membunuh manusia.
viii) Memakan harta anak yatim.
ix) Lari dari medan perang.
x) Menuduh zina.

c. Taubat dan cara-caranya.

i) Konsep taubat.
ii) Dalil.
iii) Cara-cara bertaubat.
iv) Hikmat bertaubat.

2.2 Ibadat

3.2.17 Ibadah Haji dan Umrah :-

c. Falsafah Haji dan Umrah.
d. Konsep ibadah haji dan umrah serta dalil.
e. Syarat wajib, rukun dan sunat Haji dan Umrah.
f. Wajib Haji dan Umrah serta perkara yang dilarang
semasa ihram.
g. Cara-cara mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.

3.2.18 Sembelihan, korban dan akikah serta hikmahnya.

3.2.19 Prinsip mu‘amalat dan kepentingannya :-

c. Jual beli.
d. Sewaan.
e. Gadaian.
f. Syarikat.
g. Saham.
h. Insurans.
i. Hutang piutang.


Ibadat.

1. Sejarah ibadat haji dan umrah.
2. Cara-cara mengerjakan haji dan umrah.
3. Institusi pengurusan haji di Malaysia.
4. Sembelihan dan perburuan.
5. Korban dan akikah.
6. Muamalat dan kepentingannya.

2.2.1 Objektif

Setelah mempelajari ibadat Tingkatan 4, pelajar dapat:

a. memahami falsafah haji;
b. memahami konsep ibadat haji dan cara mengerjakannya;
c. memahami Institusi Haji di Malaysia;
d. memahami prinsip-prinsip asas muamalat Islam, dan
e. mengetahui kaifiat sembelihan dan hikmamtnya.

2.2.2 Isi

a. Falsafah Haji.
b. Konsep Haji dan cara mengerjakannya.
c. Institusi pengurusan haji di Malaysia.
d. Prinsip asas muamalat dan kepentingannya.
e. Sembelihan, qurban dan aqiqah serta fadilatnya.

2.3 Tamadun Islam

3.2.13 Tokoh-tokoh Imam :-

c. Imam Abu Hanifah.
d. Imam Malik.
e. Imam Syafie.
f. Imam Ahmad Ibnu Hanbal.
g. Iman Ghazali.
h. Imam al-Bukhari.


Sejarah.

1. Kesan Islam terhadap tamadun manusia.
2. Syariah Islam asas kemajuan umat.
3. Imam Abu Hanifah.
4. Imam Malik.
5. Imam As-Syafie.
6. Imam Ahmad bin Hanbal.
7. Imam Al-Bukhari.
8. Imam al-Ghazali.

2.3.1 Objektif

Setelah mempelajari tamadun Islam Tingkatan 4, pelajar dapat

a. memahami dan mencontohi Khulafa' Al-Rasyidin dalam mengembangkan tamadun Islam; dan
b. mengenal dan mencontohi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam.

2.3.2 Isi

a. Dasar penyebaran Islam di zaman Khulafa' Al-Rasyidin:

i) Ciri-ciri kepimpinan Khulafa' Al-Rasyidin.
ii) Sistem pentadbiran Khulafa' Al-Rasyidin.

b. Tokoh-tokoh Islam:

i) Imam Abu Hanifah r.a.
ii) Imam Malik r.a.
iii) Imam Syafie r.a.
iv) Imam Ahmad Ibnu Hambal r.a.
v) Imam Ghazali r.a.
vi) Imam Bukhari r.a.

3.0 Akhlak Islamiah

3.5 Adab Terhadap Ibu bapa Dan Keluarga :-

3.5.1 Adab dengan ibu bapa.

3.5.2 Adab bergaul dengan keluarga.

3.5.3 Adab berbakti kepada ibu bapa.


Akhlak.

1. Kepentingan ilmu pengetahuan.
2. Menghormati hak dan kepentingan ramai.
3. Perpaduan umat punca kemajuan.

3.1 Objektif:

Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:

a. menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan
Al-Quran dan As-Sunnah;
b. menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam;
c. menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d. menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e. mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.

3.2 Isi:

a. Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c. Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d. Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e. Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai



TINGKATAN 5

1.0 Tilawah Al-Quran

BAHAGIAN TILAWAH AL-QUR`AN
1. Ayat-ayat hafazan;

1. Surah At-Taubah ayat 128-129.
2. Surah An-Nur ayat 35.
3. Surah Al-Hasyr ayat 21-24.

2. Ayat-ayat kefahaman:

1. Layanan Baik Kepada Mereka Yang Berminat Dengan Islam.
2. Kasih Sayang Nabi Muhammad saw Kepada Umatnya.
3. Peranan Rasul.
4. Pengharaman Zina.
5. Menutup Aurat Menurut Islam.
6. Ilmu Penyinar Kehidupan Manusia.
7. Ciri-ciri Orang Beriman.
8. Usaha Tangga Kejayaan.
9. Allah s.w.t Maha Adil.
10. Kesempurnaan Allah s.w.t
.

1.1 Objektif

Setelah mempelajari Tilawah al-Quran Tingkatan 5, pelajar dapat:

a. membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;
b. menghafaz ayat-ayat tertentu daripada surah At-Taubah, surah An- Nur dan surah Al-Hasyr dengan bacaan tadwir; dan
c. memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat di atas dan menghayatinya.

1.2 Isi

a. Ayat Bacaan:

i) Surah at-Taubah ayat 1 hingga 129.
ii) Surah An-Nur, ayat 1 hingga 38.
iii) Surah As-Sajdah, ayat 1 hingga 30.
iv) Surah Al-Hasyr, ayat 1 hingga 24.

b. Ayat Hafazan:

i) Surah At-Taubah ayat128 hingga 129;
ii) Surah An-Nur, ayat 35;
iii) Surah Al-Hasyr, ayat 21 hingga 24.

c. Ayat Kefahaman:

i) Surah at-Taubah ayat 6, 128 hingga 129;
ii) Surah An-Nur, ayat 30, 31 dan 35.
iii) Surah Al-Hasyr, ayat 21 hingga 24.
iv) Surah As-Sajdah ayat: 15 hingga 16.






2.0 'Ulum Syar'iyah

ULUM SYAR`IYYAH

2.1 Aqidah

1.1.17 Akidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah :-

c. Pengenalan.
d. Prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah.
e. Perbezaan antara Muslim, Mukmin, Kafirr, Fasiq,
Murtad, Munafik, Tidak Beragama dan Musyrik.

1.1.18 Ajaran Sesat :-

c. Ciri-ciri dan contoh ajaran sesat.
i) Qadyani.
ii) Bahai.
iii) Taslim.


Aqidah.

1. Perkara Yang Membatalkan Iman.
2. Dosa Besar.
3. Tuntutan Bertaubat.
4. Kejadian Manusia Dalil Kewujudan dan Kekuasaan Allah s.w.t.



2.1.1 Objektif:

Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 5, pelajar dapat:

a. memahami dan meyakini aqidah berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan
b. mengenalpasti kepercayaan yang menyeleweng dan sesat.

2.1.2 Isi:

a. i) Pengenalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

ii) Prinsip aqidah berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

b. Ciri-ciri ajaran sesat dan menyeleweng:

i) Syiah
ii) Qadyani
iii) Bahai

2.2 Ibadat

3.2.20 Perkahwinan :-

c. Konsep perkahwinan, hukum, dalil dan hikmahnya.

d. Kaifiat perkahwinan :-

ii) Pemilihan calon suami isteri.
iii) Peminangan.
iv) Nikah,rukun nikah,Mahar dan Walimah al-Urus.

e. Tanggungjawab :-

ii) Suami dan isteri
iii) Tanggungjawab bersama.

3.2.21 Masalah dan cara-cara penyelesaian kekeluargaan :-

c. Talak.
d. Ruju‘.
e. ‘Iddah
f. Nusyuz.
g. Fasakh.
h. Khulu‘.
i. Zihar.
j. Li‘an.
k. Poligami

3.2.22 Kemahiran ibu bapa.

3.2.23 Akta kekeluargaan.

3.2.24 Isu-isu semasa berkaitan keluargaan :-

c. Anak angkat.
d. Hadhanah.


2.2.1 Objektif:

Setelah mempelajari ibadat Tingkatan 5, pelajar dapat:

a. memahami konsep perkahwinan dalam Islam.
b. mengetahui keunggulan sistem kekeluargaan dalam Islam.

2.2.2 Isi

a. Konsep perkahwinan.

i) Perkahwinan dan hikmamtnya;
ii) Kaifiat perkahwinan mengikut Islam,
iii) Tanggungjawab suami, isteri, ibu dan bapa.
iv) Talak, rujuk, iddah, nusyuz, fasakh, khuluk dan zihar.
v) Poligami.
vi) Kemahiran keibu bapaan.

b. Isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan.

i) HIV dan AIDS.
ii) Mut'ah (Nafkah)
iii) Wali hakim.
iv) Anak luar nikah.
v) Akta kekeluargaan
vi) Kahwin mutaah.
vii) Lain.

2.3 Tamadun Islam

3.2.14 Tokoh-tokoh cendekiawan Islam :-

c. Ibnu Sina.
d. Ibnu Khaldun.
e. Jamaludin al-Afghani.
f. Muhammad Abduh.
g. Hamka.
h. Sheikh Tahir Jalaluddin.


2.3.1 Objektif

Setelah mempelajari Tamadun Islam Tingkatan 5, pelajar dapat:

a. memahami perkembangan, kemajuan Islam di zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbassiah, dan
b. mengenal serta mencontohi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada
pembinaan tamadun Islam.

Sejarah

1. Perkembangan Tamadun Islam Zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbasyiah
2. Ibn Sina
3. Ibn Rushd
4. Ibn Khaldun
5. Shah Waliullah Ad-Dahlawi
6. Jamaluddin Al-Afghani.
7. Syaikh Muhammad Abduh.
8. Syaikh Tahir Jalaluddin.
9. Hamka.
2.3.2 Isi

a. Perkembangan Islam di zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbassiah.

i) Penyebaran Islam.
ii) Ketenteraan.
iii) Pendidikan.
iv) Kehakiman.
v) Perekonomian.
vi) Perkembangan ilmu pengetahuan.
vii) Semangat dan jihad.
viii) Sains dan teknologi

b. Tokoh-tokoh Islam.

i) Ibnu Sina.
ii) Ibnu Khaldun.
iii) Shah Waliullah.
iv) Jamaludin Al-Afghani.
v) Muhammad Abduh.
vi) Hamka.
vii) Sheikh Tahir Jalaluddin.

3.0 Akhlak Islamiah

3.6 Adab Menuntut Ilmu :-

3.6.1 Adab menjaga harta di sekolah.

3.6.2 Adab berguru.

3.6.3 Adab menuntut ilmu.

3.6.4 Adab berpidato.

3.7 Adab Terhadap Allah dan Rasul :-

3.7.1 Adab Zikrullah.

3.7.2 Adab menghormati Rasul.

Akhlak.

1. Toleransi dan Kesederhanaan Dalam Islam.
2. Berjihad Menegakkan Keadilan.
3. Sabar.

3. Ibadat.

1. Perkahwinan dan Hikmatnya.
2. Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam.
3. Tanggungjawab Suami Isteri
4. Penyelesaian Masalah Rumah Tangga
5. Poligami.
6. Mahkamah Syariah: Kedudukan dan Peranannya.


3.1 Objektif:

Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:

a. menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;
b. menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam;
c. Menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d. menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e. mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.

3.2 Isi:

a. Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c. Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d. Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e. Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai








TEKNIK MENGAJAR DAN BELAJAR


1.PENGENALAN
                 Pendidikan Islam ialah pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Oleh itu, matlamat pendidikan tersebut hendaklah disesuaikan dengan kedua-dua sumber tersebut. Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik dan melahirkan insan yang soleh yang tidak mengenal batas masa, negeri dan bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat. Matlamat pendidikan Islam juga adalah untuk melahirkan khalifatullah yang mempunyai perkembangan yang seimbang. Keseimbangan pembangunan manusia ini perlu berasaskan kepada aspek kerohanian kerana dengan kerohanian manusia yang dididik tersebut akan patuh dan taat kepada hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. Proses membangunkan insan perlulah secara menyeluruh dari semua aspek kehidupan.
Imam al-Ghazali menjelaskan matlamat pendidikan sebagai proses untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperoleh kedudukan, bermegah-megah dan berlumba-lumba ". Sebagai seorang ahli tasawuf, al-Ghazali menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenal “pencipta” dan matlamat ilmu yang sebenarnya yang membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah. Jika pendidikan yang selain taqarrub kepada Allah, adalah bukan objektif pendidikan Islam. Matlamat pendidikan Islam menjurus kepada matlamat hidup manusia itu sendiri yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:








Maksudnya:“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.
                                                                                                                                    (al-Zaariat:56)
Dan firmanNya lagi:






Maksudnya:“ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.                                             
(al-Baqarah :30)
Kesimpulannya, matlamat pendidikan Islam adalah untuk memastikan manusia benar-benar mengabdikan diri kepada Allah baik diperingkat individu, masyarakat atau kemanusiaan seluruhnya. Tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan alam mengikut syariat Ilahi, melihat kebahagiaan hidup hambanya di dunia dan di akhirat. Ini merupakan rahmat Allah kepada hamba yang mematuhi petunjukNya.      

2.PERANCANGAN PENGAJARAN
Persediaan mengajar merupakan satu dokumen perancangan pengajaran. Dokumen ini mengandungi maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru. Persediaan mengajar yang disediakan dengan baik akan membantu guru dalam melaksanakan pengajaran bagi mencapai objektif yang ditetapkan, menjadi asas penilaian kualiti pengajaran pembelajaran dan merancang tindakan susulan untuk melaksanakan penambahbaikkan pengajaran dan pembelajaran.Dalam menyediakan sesuatu rancangan kerja yang baik dan berguna, guru perlulah menyedari kepentingan rancangan kerja terhadap pengajarannya. Di samping itu, dia harus boleh mentafsirkan sukatan pelajaran mata pelajaran yang di ajarnya. Selain itu, guru juga di kehendaki menentukan suatu format rancangan kerja yang sesuai untuk digunakan semasa menyediakan rancangan kerjanya .
Guru perlu membuat perancangan bagi proses pengajarannya. Perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran (Burden & Byrd, 1999). Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang tahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditentukan.melalui perancangan yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan pada isi pelajaran. Selain itu, perancangan mengajar melalui penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran juga perlu dibuat bagi memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).  
2.1.RANCANGAN KERJA
Rancangan Kerja adalah perancangan yang disediakan secara sistematik oleh seseorang guru mata pelajaran dengan berpandukan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Rancangan ini akan menjadi rujukan guru mata pelajaran berkenaan atau guru lain yang menggantikannya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Kerja biasanya dibuat untuk setahun (Rancangan Kerja Tahunan), mengikut penggal (Rancangan Kerja Penggal) dan minggu (Rancangan Kerja Mingguan), dan dari hari ke hari (Rancangan Kerja Harian / Persediaan Mengajar).

2.2.PENENTUAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

               Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada pemilihan strategi yang sesuai dengan tujuan untuk memperolehi hasil pencapaian objektif pengajaran dalam peringkat optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh ditentukan berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran seperti kaedah demonstrasi, penyoalan, perbincangan, sumbang saran, syarahan dan lain-lain. Di samping itu, kaedah keseluruhan kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu juga harus diambil kira semasa menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran dengan berkesan.
2.3.PENENTUAN MASA
Penentuan masa dalam sesuatu waktu pelajaran biasanya diagihkan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi, penyampaian guru, aktiviti guru dan murid, aktiviti pembelajaran murid serta penutup. Oleh kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran masa kini berorientasikan murid sebahagian besar peruntukan masa dalam setiap waktu pelajaran dalam setiap waktu pelajaran hendaklah diagihkan kepada aktiviti pembelajaran murid sendiri secara am, masa yang diperuntukan bagi guru mengajar hendaklah dikurangkan seboleh-bolehnya tidak melebihi satu pertiga daripada waktu pelajaran.

2.4.PEMERINGKATAN ISI

Dalam proses penyampaian, isi pelajaran yang telah dipilih hendaklah disampaikan mengikut urutan yang sesuai. Ini boleh dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip pengajaran berikut iaitu:
1.Daripada mudah kepada komplek.
2.Daripada dekat kepada jauh.
3.Daripada kronkrit kepada abstrak.
4.Daripada pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baru yang hendak dipelajari.
5.Daripada kemahiran sedia ada kepada kemahiran baru yang hendak dipelajari.
               
Tujuan utama menyusun isi pelajaran mengikut prinsip-prinsip pengajaran adalah untuk memudahkan serta mempertingkatkan kefahaman murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.5.PEMILIHAN SUMBER
Pemilihan sumber dalam proses penyampaian merujuk kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk konsep yang tepat daripada isi pelajaran yang sedang disampaikan dengan menggunakan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak. Perlu diingatkan bahawa sumber pelajaran tidak terhad kepada buku teks, pen marker dan papan tulis sahaja. Sumber pelajar juga boleh termasuklah carta, gambarajah, bahan-bahan konkrit, Laptop dan sebagainya. Dengan pemilihan sumber yang sesuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan berkesan
 .
3. KAEDAH YANG DIPILIH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU
Setelah membuat perancangan dan penilaian yang teliti semasa meyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)(Sila Rujuk Lampiran I) tiga kaedah pengajaran yang telah dipilih untuk disesuaikan kepada topik yang akan diajar dalam mata pelajaran tingkatan satu. Ketiga-tiga kaedah ini telah dipilih kerana ia menepati dan amat bersesuaian sebagai medium untuk mengajar  tajuk yang berkaitan dalam bidang ulumu syar’iyyah bahagian ibadah di bawah topik Solat Fardhu; Solat Fardhu, Dalil Wajib dan Hikmahnya. Antara tiga kaedah yang dipilih ialah;
i.                    Sumbangsaran
ii.                  Kuliah/Syarahan
iii.                Demonstrasi
3.1. Takrif Kaedah
 Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dimana ia bertujuan untuk mencapai objektif yang spesifik, iaitu jangka masa pendek sesuatu pelajaran. Kaedah juga bermaksud penyusunan terhadap isi pelajaran berdasarkan objektif (Ee Ah Meng 1999:35). Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan yang sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan. Dengan itu sesuatu pendekatan,memungkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai faktor mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik umpamanya jenis pelajaran. Dengan itu,berbagai-bagai kaedah harus diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan golongan dan tahap.
 
3.2. Takrif Pengajaran
 Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada orang lain iaitu pelajar. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian secara berkesan (Mok Soon Sang 2000:1 ). Menurut Abdul Hamid Othman dalam Kertas Kerja Seminar Dan Ekspo Pendidikan Islam (1988: 23) pengajaran bererti pemindahan pengetahuan, pendidikan seseorang yang mempunyai pengetahuan kepada orang lain yang belum mengetahui.
3.3. Takrif Kaedah Pengajaran
 Kaedah pengajaran merupakan alat penyambung atau penggerak dua hala iaitu dari pihak pengajar dan pelajar yang sifatnya sentiasa berinteraksi dan saling mempengaruhi. (Abdullah Ishak 1995:66). Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Berdasarkan kepada takrifan-takrifan berikut, dapatlah dikatakan kaedah itu ialah sesuatu yang telah dikenali seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Sokratik, simulasi, sumbang saran, perbincangan dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. 
            Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Oleh itu, apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang cuba diterapkan oleh guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah. Kaedah seharusnya berubah  mengikut kesesuaian keadaan masa, tempat dan pelajar.

3.3.1. Sumbangsaran
Sumbangsaran merupakan satu jenis kaedah penyelesaian masalah. Ini kerana tujuan utama pengguanaan sumbangsaran sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Sumbangsaran kadangkala dikenali sebagai percambahan fikiran(brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Oleh yang demikian, sumbangsaran menggunakan teknik sesi kumpulan kecil untuk mendapatkan idea yang boleh memberikan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang diharapkan.
Dalam situasi bilik darjah, sesi sumbangsaran boleh dikendalikan dalam pembentukan kumpulan-kumpulan kecil. Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan guru mengemukakan topik perbincangan berbentuk soalan bermasalah. Selepas guru memberi garis panduan untuk menjalankan perbincangan, pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (setiap kumpulan mengandungi 6-10 orang pelajar). Setiap kumpulan akan diberikan satu topik perbincangan dan ahli-ahli kumpulan kecil digalakkan untuk menyumbangkan idea mereka masing-masing oleh ketua masing-masing.
Idea-idea yang telah dikemukakan akan dicatatkan oleh wakil kumpulan yang dipilih dari kumpulan kecil. Selepas selesai, kumpulan-kumpulan kecil akan bergabung semula untuk mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan atau idea yang dikemukakan. Pada peringkat akhir guru akan membimbing pelajar membuat keputusan atau rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka.

 


















Rajah 1 : Pergerakan pelajar semasa sesi sumbangsaran

3.3.1.2. Prinsip-prinsip Sumbangsaran
Agar sesi sumbangsaran dapat dijalankan dengan berkesan, guru harus memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut:
·        Topik perbincangan mestilah sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
·        Garis panduan untuk menjalankan sesi sumbangsaran yang hendak diberikan adalah ringkas dan jelas.
·        Setiap kumpulan mesti terdiri daripada ahli yang mempunyai kebolehan yang pelbagai.
·        Setiap kumpulan hendaklah memilih seorang ketua kumpulan yang akan menggalakkan ahli-ahli kumpulan memainkan peranan yang aktif semasa sesi P & P.
·        Semua idea dan cadangan yang dikemukan hendaklah dicatat untuk perbeincangan dalam sesi umum.
·        Idea dan cadangan yang dikemukan walaupun salah, tidak oleh dikritik. Penilaian dan rumusan hanya boleh dibuat pada akhir perbincangan.
·        Setiap ahli hendaklah diberi giliran untuk mengemukakan idea dan cadangan.
·        Ahli-ahli digalakkan menyumbangkan seberapa banyak idea yang boleh untuk meningkatakan kemungkinan penyelesaian.
·        Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan untuk menggakkan perbincangan.
·        Peruntukan masa yang mencukupi.
3.3.1.3. Langkah-langkah Sumbangsaran


SESI SUMBANGSARAN
Proses untuk sesi sumbangsaran biasanya melibatkan tiga peringkat yang utama, iaitu peringkat permulaan, peringkat perbincangan serta peringkat penilaian dan rumusan





 

            Rajah 2: Peringkat-peringkat dalam sesi sumbang saran.
·         
Contoh soalan-soalan untuk sesi sumbangsaran
Semasa sesi sumbangsaran beberapa soalan telah diberikankan kepada pelajar mengikut aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang dikemukakan dalam Taksonomi Bloom .
1.      Apakah erti solat pada bahasa dan istilah?
2.      Berikan dalil wajib solat.
3.      Senaraikan perkara-perkara yang membatalkan solat..
4.      Apakah hukum solat fardhu? serta bincangkan akibat meninggalkan solat fardu.
5.      Nyatakan 5 hikmah solat fardhu kepada individu.
3.3.1.4. Kelebihan Kaedah Sumbangsaran dalam topik Solat Fardhu:Solat Fardhu, Dalil Wajib dan Hikmahnya
1.         Setiap ahli dalam kumpulan berpeluang untuk memberikan pendapatnya.
2.         Idea-idea penyelesaian masalah didatangkan daripada pelajar-pelajar sendiri. Ini menjadikan  pelajar-pelajar lebih menghayati apa yang dipelajari.
3.         Strategi pembelajaran berpusatkan pelajar. Ini membolehkan pelajar memainkan peranan yang aktif ketika P & P.
4.         Penguasaan lisan seperti bacaan-bacaan dalam solat dan yang berkaitan dapat dipertingkatkan.
5.         Sesi ini dapat melatih pelajar-pelajar berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional.
6.         Pelajar-pelajar dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain.
7.         Interaksi di antara pelajar-pelajar dapat dipertingkatkan.
8.         Nilai-nilai murni seperti semangat berkerjasama dan berkongsi idea ke arah menyelesaikan masalah bersama-sama dapat dipupuk.

3.3.2. Kaedah Syarahan / kuliah
Kaedah kuliah atau syarahan merupakan kaedah penyampaian pengajaran yang umumnya digunakan di pusat pengajian tinggi. Pada hari ini, kaedah tersebut semakin popular. Walaupun pada umumnya pelajar biasanya mempunyai peranan yang pasif dalam kaedah ini. Namun dalam proses P & P ini, kami beranggapan pelajar-pelajar kami sebenarnya dapat keluar daripada sifat pasif ini kerana mereka telah dirangsangkan semasa kaedah sumbangsaran di  awal P & P. Pembelajaran bermakna akan terhasil kerana pelajar-pelajar kini ingin megetahui hasil sumbangan idea-idea mereka sebelum ini. Jadi mereka cuba menghayati apakah jawapan atau idea yang disumbangkan oleh kumpulan mereka merupakan yang terbaik. Oleh yang demikian,pelajar akan cuba menghayati topik yang diajar untuk diterjemahkan dalam kehidupan mereka dengan lebih berkesan.
            Kaedah kuliah merupakan kaedah pengajaran, di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian,penjelasan serta penerangan daripada pihak pelajar. Pembelajaran menerusi kaedah ini bukan sahaja menampakkan lebih banyak pergantungan pelajar kepada guru bahkan boleh mencetuskan perasaan hormat dan sanjungan pelajar kepada guru, yang natijahnya boleh melahirkan rasa kasih sayang antara dua pihak ( Abdullah Ishak 1989 ). Sesungguhnya pembelajaran yang berkesan dan pembentukan peribadi yang unggul adalah berteraskan kasih sayang.
            Menurut Musa Daia (1992), tujuan kaedah kuliah adalah untuk menyampaikan sesuatu pengajaran kepada murid-murid supaya :
1.      Merangsangkan pelajar.
2.      Menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran.
3.      Membuat penelitian dan ulang kaji.
4.      Mengembangkan isi pelajaran.
5.      Menyampaikan maklumat yang telah dirancangkan.

Rashidi Azizan dan Ahmad Razak Habib (1995) menegaskan terdapat berbagai-bagai cara untuk menjadikan kuliah lebih menarik dan berkesan. Guru boleh mengunakan pelbagai bentuk alat bantu mengajar ( Misalnya, slaid, Projektor, Papan hitam dan Poster ) serta teknik-teknik lain bagi menunjukkan idea-idea penting yang terkandung dalam kuliah berkenaan. Guru juga perlu mengesan aras perhatian para pelajar terhadap kuliahnya.
Semasa kuliah, pelajar-pelajar boleh mengemukakan soalan-soalan. Mereka juga boleh melibatkan diri dalam perbincangan yang diadakan pada akhir sesi kuliah. Dalam kaedah kuliah juga, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan para pelajar di dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan dapat mendengar percakapannya dengan jelas. Guru pula haruslah bertutur dengan jelas supaya boleh  didengar oleh semua pelajar dan memperhatikan minat terhadap topik yang diajar.
Terdapat beberapa panduan untuk menggunakan kaedah kuliah, supaya ia menjadi lebih berkesan :
1.      Kuliah hendaklah diberikan pada masa yang sesuai. Misalnya, ketika hendak mengenakan tajuk atau unit pembelajaran baru.
2.      Guru hendaklah menyediakan sinopsis kuliah yang bernas.
3.      Guru hendaklah berhati-hati semasa menyampaikan kuliahnya. Dia hendaklah bercakap dengan sederhana dan jelas supaya para pelajar dapat mendengarnya dengan mudah.
4.      Kuliah hendaklah disampaikan dengan harmoni dan menarik.
5.      Kuliah hendaklah diikuti dengan ujian bertulis untuk mengukur kejayaan atau kegagalan kuliah.
6.      Kaedah kuliah boleh digunakan bertujuan untuk mendorong pelajar menjelaskan perkara penting, membuat ulang kaji dan penelitian dan mengembangkan isi pelajaran.
             
3.3.3. Amali dan Demonstrasi
Kaedah demonstrasi merupakan satu cara menyediakan bahan pelajaran dengan menyediakan secara langsung objeknya atau prosesnya atau cara melakukan sesuatu. Dalam kaedah ini, yang diutamakan ialah pemerhatian murid secara langsung terhadap sesuatu objek atau proses, kemudian membuat kesimpulan tertentu. Dalam kaedah eksperimen, penyertaan murid secara langsung diutamakan.
            Kaedah amali dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung
dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit eksperimen, demonstrasi dan praktikum. Dalil kaedah ini terkandung dalam sabda Rasulullah s.a.w. :
وقد روى أن جبريل تبدى له صلى الله عليه وسلم باحسن صورة وأطيب رائحة فقال : يا محمد! أن الله يقرئك السلام ويقول لك أنت رسولي إلى الجن والإنس فادعوهم إلى قول لاإله إلا الله ثم ضرب برجله الأرض فنبعت عين ماء فتوضأ منها جبريل عليه السلام ثم أمره أن يتوضأ وقام جبريل يصلى وأمره أن يصلى فعلمه الوضوء والصلاة.                                                                                     
Maksudnya : “Diriwayatkan bahawa Malaikat Jibril berhadapan dengan Nabi Muhammad s.a.w. dengan rupa yang amat cantik, dengan bauan yang wangi dan berkata : “ Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Taala menyampaikan salam kepada engkau dan berfirman kepada kamu bahawa kamulah Rasul-Ku kepada jin dan manusia, oleh itu serulah mereka kepada kalimah syahadah : Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kemudian Jibril menyuruh Rasulullah s.a.w. mengambil wuduk, kemudian Jibril bangun dan bersembahyang dan menyuruh Nabi bersembahyang. Jibril mengajar Nabi mengambil wuduk dan sembahyang”.
            Tujuan kaedah ini adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapat maklumat tanpa penglibatan guru.
Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara yang mana ianya merupakan satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran.
Kuliah memerlukan murid mendengar,melihat dan memerhati. Demonstrasi memerlukan murid memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-benda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid. Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu. Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid- murid. Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid memerhatikan demonstrasi, meperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.
Cara ini sesuai untuk pengajaran topik yang berkaitan ibadat, permainan dan membuat uji kaji.Kebaikan tujuk cara ialah ia memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi,guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan.
Dalam proses demonstrasi ,guru mesti mewajibkan murid-murid memberikan perhatian yang sepenuhnya. Selepas membuat sesi praktis, perbincangan tentang perkara-perkara yang ditunjuk cara ia mesti dijalankan oleh guru.. Dalam pelaksanaan demonstrasi,guru  juga boleh mengarahkan murid-murid untuk menulis laporan ringkas tentang demonstrasi tersebut. Dalam pelaksanaan demonstrasi,guru hendaklah menentukan topik,objektif dan menyediakan alatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Satu kebaikan demonstrasi ialah ia memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan kaedah demonstrasi ialah ia memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.
            Pemilihan kaedah demonstrasi dalam topik ini adalah kerana berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. ;
صلوا كما رأيتمونى أصلى
Maksudnya : “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang”
Pemilihan kaedah ini kerana ia boleh mengukuhkan ilmu dan maklumat yang diperolehi oleh pelajar.Kaedah ini merupakan satu yang menggunakan strategi yang berpusatkan guru dan bahan pelajaran. Guru memainkan peranan yang penting semasa kaedah ini dilaksanakan begitu juga bahan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala pelajar-pelajar kami pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara langsung dengan pemantauan guru. 

4. KESIMPULAN

Kaedah pembelajaran dan pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di antara kaedah pengajaran yang biasa digunakan ialah kaedah sumbangsaran, syarahan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai kaedah mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah,teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan,antaranya ialah;
·        Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran
·        Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
·        Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran
·        Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik.
·        Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik   mengajar.
·        Pengurusan kelas mengikut pendekatan,kaedah dan teknik mengajar yang dipilih.
Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan nilai-nilai murni perlulah dilakukan walau dengan apa kaedah pengajaran yang dilaksanakan .
Penerapan nilai murni di atas dapat diterapkan secara tidak langsung dalam beberapa aktiviti pengajaran pembelajaran.Contohnya dalam aktiviti sumbangsaran , pelajar akan bekerjasama dalam mencari jawapan yang ditetapkan dengan penuh minat dan sabar, disamping mengikut jangkamasa yang ditetapkan untuk melalui satu-satu aktiviti. Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Apa yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam ini atau penerapan nilai Islam. Ia  harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjolkan supaya pelajar dapat  mengikuti dan mencontohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul. Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan. Oleh yang demikian juga hendaklah menyuampaikan ilmu kepada pelajar dengan penuh penghayatan Ruh Islam atau menyampaikan pelajaran dengan menggunakan “bahasa hati bukan menggunakan bahasa mulut”. Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994). Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).
5. Penutup
Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru haruslah mempelbagaikan kaedah yang digunakan supaya matlamat dan objektif yang hendak diperolehi dari pembelaran itu tercapai dan dapat dimaksimumkan. Oleh itu, guru haruslah bijak menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang ingin digunakan dalam menyediakan RPH. Strategi pengajaran dan pembelajaran ialah berasaskan kepada tiga unsur yang penting iaitu guru, murid dan bahan pelajaran.Justeru, strategi klasifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran adalah ditumpukan kepada pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan. Sememangnya ketiga-tiga strategi ini melibatkan kemahiran memilih, merancang, menyusun dan menguruskan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mencapai objektif pelajaran pada peringkat maksimum tersebut.



 






 6.BIBLIOGRAFI

Abdullah bin Muhammad Basmih, Muhammad Noor bin Ibrahim..2000.Tafsir Pimpinan Rahman Kepada Pengertian al-Quran.Darul Fikri,Kuala Lumpur.
Ahmad Mohd Salleh.2008. Pengajian Agama Islam & j-QAF. Metodologi dan Pedagogi Pendidikan Untuk KPLI. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam.
Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang.2008.Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang. 1993.Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro,Persediaan Untuk Pengajaran Praktik.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.
Ragbir Kaur A/P Joginder Singh.Dr. 2005.Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Kuala Lumpur.
Hazri Jamil, Hashim Othman, Rohizani Yaakub. 2004.Penghantar Keadah Pengajaran Pelajaran Ilmu Kemanusiaan.Karisma Publications Sdn. Bhd.Shah Alam.